Posts

Another Part of My Story

Image
  Here is my short story.. 2003-2008 (5 years) BA Manufacturing Engineering CGPA 2.45. Transcript full of all grades from A to F. Failed & repeated around 7 subjects.   2009-2010 1st Attempt MA Quran Sunnah Studies. Culture shock. Arabic proficiency is very weak. Almost no understanding in most classes. Failed 1 pre-requisite subject twice. Result: Dismissed from the university.  2011-2015 Just focus on career while polishing arabic language.  2016 Applied for MA again & rejected twice. The 3rd time with recommendation of the Head of Dept, I was accepted. Quit job. UIA here I come! 2016-2021 (5 years) Second attempt MA Quran & Sunnah Studies - Coursework & Research - CGPA 3.87.  During degree there were just so many hurdles that I myself don't understand why I refuse to finish up my assignments (to the point that I feel nothing for not submitting), why do I feel so heavy to cooperate in group tasks, why do I keep running away by being busy with a...

Kenapa Ada Huruf Hilang dari al-Quran?

Image
*KIAMAT NAK DEKAT!! ADA HURUF AL-QURAN YANG HILANG!?* #NotaTadabburBroSyarief Perkataan - تَسْتَطِيع - di dalam bahasa Arab bermaksud ‘engkau mampu..’ atau ‘engkau boleh..’.   Ia merupakan perkataan yang sangat luas digunakan di dalam bahasa Arab.   Uniknya di dalam al-Quran, Allah tunjukkan sedikit ‘silap mata’ untuk perkataan ini di dalam surah al-Kahfi. Perhatikan pada ayat ke-67, mula-mula perkataan ini ditulis secara lengkap, tanpa ada huruf yang tercicir, قَالَ إِنَّكَ لَن * تَسْتَطِيعَ * مَعِيَ صَبْرًا   Diikuti juga dengan ayat ke-72 & ke-75, ia masih ditulis lengkap. Selepas itu, pada ayat ke-78, huruf Ya - ي - dihilangkan, سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ * تَسْتَطِع * عَّلَيْهِ صَبْرًا Akhir sekali, pada ayat ke-82 pula, huruf ta - ت - pula dihilangkan, ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ * تَسْطِع * عَّلَيْهِ صَبْرًا Kesemua tafsir dan terjemahan al-Quran menunjukkan walaupun gugurnya huruf-huruf berk...

Bagaimana Ia Bermula..

Image
#NotaBroSyarief TITIK MULA "Syarief, cuba I'rab jumlah ni..!" Syaikh Abu Khalid pada waktu itu sedang menguji semua peserta daurah untuk mengi'rab jumlah yang dia sebutkan. Pertama kali memulakan usaha untuk mendalami Bahasa Arab, dikenalkan dengan matan al-Ajurrumiyyah dan ilmu Nahu. Dua bulan di bumi haram, tapi tidak satupun berjaya difahami, atau barangkali ianya sangat sedikit. Matan hanya sekadar dihafal. Bila ditanya, melopong. Ditanya dan diminta bimbingan dari sahabat-sahabat yang turut bersama menyertai daurah, namun tidak satupun penjelasan mereka dapat ditangkap. Mereka berlatar belakang sekolah agama, telah mengenal bahasa Arab semenjak di bangku sekolah, malah sebahagian besar mereka juga memang penuntut jurusan bahasa Arab. Adapun BroSyarief.. pertama kali mengenal senarai fi'l (kata kerja) dan dhamir (kata ganti diri) adalah ketika menjejakkan kaki ke Taman Ilmu & Budi. Itu bibit memori yang agak samar diingat kerana m...

Mendengar Pesanan Peringatan

Image
#NotaTerjemahanBroSyarief Ibn al-Jauzi (w.597H) berpesan: قد يعرض عند سماع المواعظ للسامع يقظة، فإذا انفصل عن مجلس الذكر، عادت القسوة والغفلة، Ada waktunya, ketika mendengarkan peringatan-peringatan, seseorang itu benar-benar dalam keadaan terjaga. Namun.. setelah dia berpisah dari majlis ilmu, lalu kembalilah kekerasan (hati) dan kelalaian (jiwa).  فتدبرت السبب في ذلك، فعرفته. ثم رأيت الناس يتفاوتون في ذلك Lalu aku perhatikan apakah sebab-sebabnya, dan aku temuinya; kemudian aku lihat insan berbeza-beza keadaannya mengikut sebab-sebab tersebut.  فالحالة العامة أن القلب لا يكون على صفته من اليقظة عند سماع الموعظة وبعدها؛ لسببين: Keadaan yang umumnya berlaku ialah hatinya sendiri tidak berada dalam keadaan benar-benar terjaga ketika mendengarkan peringatan, begitu juga sesudahnya. Ianya boleh berpunca dari 2 sebab: أحدهما: أن المواعظ كالسياط، والسياط لا تؤلم بعد انقضائها، وإيلامها وقت وقوعها. Salah satunya: Peringatan ini bagaikan cambuk sebatan, di man...

Penat.. Letih.. Tertekan!

Image
#NotaBroSyarief Suatu hari, Nabi Muhammad - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkongsi butiran kembara Musa ‘alaihis-Salam sambil mengikut turutannya yang Allah gambarkan di dalam surah al-Kahfi.* Nabi Musa ‘alaihis salam, ketika diberitahu bahawa terdapat seseorang yang lebih mengetahui berbanding dirinya, terus bertindak pantas mencarinya. Ya. Proaktif mencari, bukan santai menanti. Namun tidaklah proses mencarinya semudah meletakkan kata kunci di dalam kotak carian pada aplikasi pencarian lokasi. Malah yang diberi hanya tanda: Hilangnya ikan, di situlah dia. Musa segera berangkat bersama pembantunya sambil membawa bekas berisi ikan tersebut. Setelah berlalunya beberapa sela waktu dari perjalanan mereka, mereka berhenti berehat di sebuah batu yang besar. Mereka hampir terlelap. Tiba-tiba, dengan izin-Nya, ikan itu mula bergerak-gerak di dalam bekas, sehingga terjatuh masuk ke dalam laut. Dalam keadaan keliru melihat apa yang berlaku, bercampur rasa kantuk yang b...

Berhati-hati akan Larangan & Perkara yang Dibenci Allah!

Image
#NotaTerjemahanBroSyarief Abu ‘Isa al-Mughirah ibn Syu’bah - radhiyalLaahu ‘anhu - meriwayatkan dari Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam -, katanya: إنَّ اللهَ تَعَالَى حَرَّمَ عَلَيْكُمْ: عُقُوقَ الأُمَّهَاتِ، وَمَنْعًا وَهَاتِ، وَوَأْدَ البَنَاتِ، Sesungguhnya Allah ta’ala telah mengharamkan ke atas kalian (perkara-perkara berikut): 1. Menderhakai ibu, 2. Bakhil dan tamak, & 3. Menanam anak perempuan (hidup-hidup). وكَرِهَ لَكُمْ: قِيلَ وَقالَ، وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ، وَإضَاعَةَ المَالِ. Dia juga membenci (jika) kalian (melakukan perkara-perkara) berikut: 1. (Banyak menukil) Kata-kata orang (tanpa usul periksa), 2. Banyak bertanya (soalan yang tidak bermanfaat), & 3. Boros (mengurus) harta. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ. [HR al-Bukhari & Muslim] al-Imam an-Nawawi (w.676H) menjelaskan sebahagian besar perkataan-perkataan di dalam hadits di atas. Beliau menyebutkan: قوله: «مَنْعًا» مَعنَاهُ: مَنْعُ مَا وَجَب عَلَيهِ، Perkataan «مَنْعًا» bermaksud: ...

Dosa Yang Tidak Diketahui

Image
#NotaTerjemahanBroSyarief Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) menukilkan hadits Syadad ibn Aws - radhiyalLaahu ‘anhu -, di mana Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - membacakan di hujung doanya*: وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ “..dan aku memohon keampunan kepadaMu untuk segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib!” [HR al-Haakim di dalam al-Mustadrak] Kemudian beliau - rahimahulLah - menyebutkan, وقوله : " وأستغفرك لما تعلم " يعم جميع ما يجب الاستغفار منه من ذنوب العبد، وقد لا يكون العبد عالمًا بذلك كله،   Kata-katanya ‘..dan aku memohon keampunan kepadaMu untuk segala apa yang Engkau ketahui’ adalah umum merangkumi segala yang perlu kepada istighfar disebabkan dosa-dosa seorang hamba, dan boleh jadi seseorang hamba tidak mengetahui dosa-dosa itu kesemuanya (kerana lupa, dsbg)   فإن من الذنوب ما لا يشعر العبد بأنه ذنب بالكلية كما في ...

8 Langkah Memupuk Keikhlasan

Image
#NotaTerjemahanBroSyarief Syaikh Dr Abdul Muhsin al-Qaasim di dalam salah satu buku kecilnya, 'Langkah-langkah Menuju Kebahagiaan' menyebutkan,  ‎الشيطان يتعرض للإنسان ليفسد عليه أعماله الصالحة،  Fokus utama (permusuhan) syaitan terhadap insan adalah untuk merosakkan amalan soleh mereka. ‎ولا يزال المؤمن في جهاد مع عدوه إبليس حتى يلقى ربه على الإيمان بربه وإخلاص جميع أعماله له وحده،  Seorang mukmin itu pula akan berterusan berjuang menentang musuhnya Iblis, sehinggalah dia bertemu Tuhannya dalam keadaan kekal di atas iman kepada Tuhannya dan ikhlas dalam keseluruhan amalnya, hanya untukNya satu-satunya. ‎ومن أهم عوامل الإخلاص: Di antara faktor-faktor utama pendorong (timbulnya) keikhlasan, ialah: ‎1 - الدعاء: Doa ‎الهداية بيد الله والقلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن يقلبها كيف يشاء،  Petunjuk hidayah adalah di tangan Allah dan hati (setiap insan itu) berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah yang Maha Pengas...