#NotaTerjemahanBSS | Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

Image
as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhadap kita. Sekiranya ti...

Penat.. Letih.. Tertekan!



#NotaBroSyarief Suatu hari, Nabi Muhammad - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam berkongsi butiran kembara Musa ‘alaihis-Salam sambil mengikut turutannya yang Allah gambarkan di dalam surah al-Kahfi.* Nabi Musa ‘alaihis salam, ketika diberitahu bahawa terdapat seseorang yang lebih mengetahui berbanding dirinya, terus bertindak pantas mencarinya. Ya. Proaktif mencari, bukan santai menanti. Namun tidaklah proses mencarinya semudah meletakkan kata kunci di dalam kotak carian pada aplikasi pencarian lokasi. Malah yang diberi hanya tanda: Hilangnya ikan, di situlah dia. Musa segera berangkat bersama pembantunya sambil membawa bekas berisi ikan tersebut. Setelah berlalunya beberapa sela waktu dari perjalanan mereka, mereka berhenti berehat di sebuah batu yang besar. Mereka hampir terlelap. Tiba-tiba, dengan izin-Nya, ikan itu mula bergerak-gerak di dalam bekas, sehingga terjatuh masuk ke dalam laut. Dalam keadaan keliru melihat apa yang berlaku, bercampur rasa kantuk yang berat, mereka pun tertidur. Apabila mereka bangun, Musa masih dalam keadaan berkobar dalam kembaranya mencari insan istimewa tersebut. Perjalanan segera diteruskan. Sehinggalah telah jauh perjalanan sehingga keesokan harinya ketika siang menjelang, Musa bertanya kepada pendampingnya, آتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِنْ سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا “Bawakan makanan kita, benarlah kita telah merasakan *kepenatan* yang berat dalam perjalanan kita ini..” [18:62] Di titik ini, Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - menyebutkan, وَلَمْ يَجِدْ مُوسَى مَسًّا مِنَ النَّصَبِ حَتَّى جَاوَزَ الْمَكَانَ الَّذِي أُمِرَ بِهِ “Musa tidak merasakan sekelumit pun rasa *keletihan* sehinggalah mereka telah melampaui tempat yang disuruh untuk mereka berhenti..” [HR al-Bukhari] Bukankah isyarat yang telah diberikan ialah: Hilangnya ikan, di situlah dia? Setelah jauh perjalanan ditempuh, malah jauh terlajak sehingga kepenatan. Kini zahir pula rasa kelaparan, diminta pula makanan. Ternyata ikan itulah sebenarnya makanan mereka, dan ikan itu telah tiada. Pembantunya yang kebingungan kerana baru teringatkan hal itu pun berkata.. أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ “Tidakkah engkau perasan (apa yang berlaku kepada ikan itu) ketika kita berehat di batu tersebut? Sungguh, aku terlupa (mengingatkan engkau) tentang ikan tersebut..” [18:63] Aduh.. Dalam keadaan penat, ditambah rasa lapar, kini makanan pula hilang dan rupanya tempat yang dicari telah jauh terlangkau. قَالَ مُوسَى ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِي “Musa pun berkata: Itulah tempat yang kita cari!?” [18:64] Barangkali kita sendiri yang membaca bahagian ini sedikit sebanyak terbayangkan betapa situasi itu menyesakkan. Letih. Penat. Tertekan. Kenapa Allah uji Musa sedemikian rupa hanya pada usahanya untuk menemui orang tersebut? Ini bukan pada kelas atau sesinya belajar bersama sang guru tersebut. Tetapi malah sebelum itu lagi dia diuji sedemikian rupa. Syaikh as-Sa’di - rahimahulLah - menggambarkan pengajaran dari episod kembara ini, أَنَّ الْمَعُونَةَ تَنْزِلُ عَلَى الْعَبْدِ عَلَى حَسَبِ قِيَامِهِ بِالْمَأْمُورِ بِهِ، وَأَنَّ الْمُوَافِقَ لِأَمْرِ اللَّهِ يُعَانُ مَا لَا يُعَانُ غَيْرُهُ؛ Bahawa bantuan (kemudahan, ketenangan) turun (dikurniakan) kepada seseorang hamba mengikut usaha melaksanakan apa yang telah diarahkan, dan orang yang benar-benar mengikut ketetapan arahan Allah akan dibantu (untuk mencapai hasratnya), di mana tidak dibantu bagi selainnya (yang tidak mengikut ketetapan arahan yang sebenarnya). وَالْإِشَارَةُ إِلَى السَّفَرِ الْمُجَاوِزِ لِمَجْمَعِ الْبَحْرَيْنِ، Tandanya boleh dilihat pada perjalanan mereka yang telah jauh terlajak dari lokasi pertemuan di antara dua lautan tersebut. وَأَمَّا الْأَوَّلُ: فَلَمْ يَشْتَكِ مِنْهُ التَّعَبَ مَعَ طُولِهِ؛ لِأَنَّهُ هُوَ السَّفَرُ عَلَى الْحَقِيقَةِ. Adapun di awal perjalanan: Musa tidak mengadu kepenatan di awalnya walaupun telah jauh perjalanan, kerana ianya perjalanan yang masih di atas (fokus) kebenaran. وَأَمَّا الْأَخِيرُ: فَالظَّاهِرُ أَنَّهُ بَعْضُ يَوْمٍ؛ لِأَنَّهُمْ فَقَدُوا الْحُوتَ حِينَ أَوَوْا إِلَى الصَّخْرَةِ، Adapun di hujungnya (sebelum mereka berpatah kembali): Zahirnya jelas bahawa separuh hari telah berlalu, kerana mereka telah kehilangan ikan tersebut semasa berehat di batu tersebut. فَالظَّاهِرُ أَنَّهُمْ بَاتُوا عِنْدَهَا، ثُمَّ سَارُوا مِنَ الْغَدِ، حَتَّى إِذَا جَاءَ وَقْتَ الْغَدَاءِ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ آتِنَا غَدَاءَنَا Zahirnya juga mereka sebenarnya telah bermalam di batu tersebut, kemudian meneruskan perjalanan di waktu siang sehinggalah tiba waktu makan tengah hari, lalu Musa berkata kepada pembantunya, ‘Bawakan makanan kita..’ فَحِينَئِذٍ تَذَكَّرَ أَنَّهُ نَسِيَهُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي إِلَيْهِ مُنْتَهَى قَصْدِهِ. Di ketika itu, barulah dia teringat yang dia terlupa tentang ikan tersebut di tempat yang asalnya merupakan tujuan asalnya. [at-Taysir al-Karim ar-Rahman] Demikian halnya penuntut ilmu yang lari dari fokus utamanya, tidak benar-benar memperhatikan ketepatan perjalanannya. Dia akan merasakan kepenatan, kekeliruan.. malah boleh membawa kepada tekanan yang berlebihan. Waktu yang seharusnya dihabiskan kebanyakannya untuk fokus ilmu, malah tersia-siakan dengan pelbagai kesibukan yang lain. Kemudian lahir pelbagai keluhan, rengekan khususnya di dinding-dinding media sosial menzahirkan seribu satu kondisi emosi yang keliru tak tentu ke mana nak dituju. Sedangkan solusinya cuma satu, sebagaimana contoh tindakan Musa setelah menyedari hakikat kesilapan yang telah berlaku. KEMBALI! PATAH BALIK! SEKARANG! Sabar. Akui kesilapan. Kembali kepada fokus asal. Perbaiki dan usaha untuk kekal di atas ketetapan sebenar. Jangan biarkan keletihan, kepenatan itu sebagai natijah yang sia-sia. __ #BroSyariefShares 
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً *Ringkasan kisah di atas dirujuk dari riwayat-riwayat yang boleh dibaca di http://bit.ly/2itkzUN

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

لماذا ترتفع أصواتنا عند الغضب؟

Nama Siapa atau Isi Ceritanya Apa?