#NotaTerjemahanBSS | Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

Image
as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhadap kita. Sekiranya ti...

Dosa Yang Tidak Diketahui


#NotaTerjemahanBroSyarief

Ibn Rejab al-Hanbali (w.795H) menukilkan hadits Syadad ibn Aws - radhiyalLaahu ‘anhu -, di mana Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - membacakan di hujung doanya*:

وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ

“..dan aku memohon keampunan kepadaMu untuk segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib!”

[HR al-Haakim di dalam al-Mustadrak]

Kemudian beliau - rahimahulLah - menyebutkan,

وقوله: "وأستغفرك لما تعلم" يعم جميع ما يجب الاستغفار منه من ذنوب العبد، وقد لا يكون العبد عالمًا بذلك كله، 

Kata-katanya ‘..dan aku memohon keampunan kepadaMu untuk segala apa yang Engkau ketahui’ adalah umum merangkumi segala yang perlu kepada istighfar disebabkan dosa-dosa seorang hamba, dan boleh jadi seseorang hamba tidak mengetahui dosa-dosa itu kesemuanya (kerana lupa, dsbg) 

فإن من الذنوب ما لا يشعر العبد بأنه ذنب بالكلية كما في الحديث المرفوع: 

Ini kerana terdapat di antara dosa-dosa yang seseorang hamba itu tidak menyedari bahawa ianya dosa, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits yang marfu’ (di mana Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - bersabda:)

"الشِّرْكَ أَخْفَى مِنْ هَذِهِ الأُمَّة مِنْ دَبِيبِ النَّمْلِ عَلَى الصَّفَا. قَالُوا: فَكَيْفَ نَقُولُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ 

“Syirik itu lebih halus (dan tersembunyi) bagi umat ini, berbanding rayapan semut di atas batu (yang hitam dan licin)”

(Lalu) Para sahabat bertanya: Apa yang perlu kami sebutkan (untuk menjauhinya)?

قَالَ: قُولُوا: اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ وَنَحْنُ نَعْلَمُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُ

Nabipun menjawab: “Kalian bacalah..

ALLAAHUMMA INNA NA’UZHU BIKA MIN AN NUSYRIKA BIKA WA NAHNU NA’LAMU, WA NASTAGHFIRUKA LIMA LA NA’LAMU

(Yang bermaksud:) Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindunganMu dari kami mensyirikkanMu dalam keadaan kami mengetahui, dan kami memohon keampunanMu untuk apa-apa (kesalahan) yang kami tidak mengetahuinya.”

[HR Ahmad]

وكان النبي -صلى الله عليه وسلم- يقول في دعائه: «اللهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ».

Dan Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - juga pernah membaca di dalam doanya:

ALLAHUMMA-GHFIR LI MA QADDAMTU WA MA AKHKHARTU, WA MA ASRARTU WA MA A’LANTU, WA MA ANTA A’LAMU MINNI, ANTA AL-MUQADDIM WA ANTA AL-MUAKHKHIR, LA ILAAHA ILLA ANTA

(Yang bermaksud) “Ya Allah, ampunilah aku pada apa yang telah aku dahulukan & apa yang aku lewatkan, dan (ampunilah diriku pada) apa yang aku sembunyikan & apa yang aku iklankan, dan (ampunilah diriku pada) apa yang Engkau lebih mengetahui berbandingku (bahawa ianya adalah kesalahan). Sesungguh Engkaulah yang Maha Mendahului dan Maha Melewatkan, tiada yang layak disembah melainkan Engkau!”

[HR Abu Dawud]

ومن الذنوب ما ينساه العبد ولا يذكره وقت الاستغفار، 

(Juga merupakan) Di antara dosa-dosa adalah apa yang terlupakan bagi seseorang hamba dan dia tidak menyebutkannya ketika beristighfar.

فيحتاج العبد إِلَى استغفار عام من جميع ذنوبه -ما علم منها وما لم يعلم- والكل قد علمه الله وأحصاه، 

Maka, seseorang hamba itu perlu untuk beristighfar secara umum yang merangkumi keseluruhan dosa-dosanya - yang dia tahu dan yang dia tak tahu -, dalam keadaan semua itu Allah mengetahui dan menilainya,

فلهذا قال: "وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ". 

Maka kerana itulah, Nabi menyebutkan: ‘..dan aku memohon keampunan kepadaMu untuk segala apa yang Engkau ketahui’ 

قال الله تعالى: يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ.

Allah berfirman (yang bermaksud): “(Pada) Hari di mana Allah membangkitkan mereka kesemuanya, lalu diberitakan kepada mereka dengan (segala) apa yang telah mereka lakukan. Allah menilainya, dalam keadaan mereka melupakannya.”

[al-Mujadilah(58):6]

قال إبراهيم التيمي: لأنا عَلَى ذنوبي التي لا أذكرها أخوف مني عَلَى الذنوب التي أذكرها! لأني أستغفر من التي أذكرها.

Ibrahim at-Taymi menyebutkan: ‘Aku berada di atas dosa-dosa yang aku tidak ingat lebih menakutkan berbanding diriku berada di atas dosa-dosa yang aku ingat; kerana aku (hakikatnya) memohon keampunan bagi dosa-dosa yang aku ingat!’

من أهمته ذنوبه صارت نصب عينيه، ولم ينسها، 

(Oleh kerana itu,) Sesiapa yang dosa-dosanya menjadi antara fokus kerisauannya, maka ia akan menjadi pemberat (di hadapan) kedua matanya sehingga dia tidak dapat melupakannya.

ومن لم تهمه ذنوبه هانت عليه فنسيها، 

Adapun sesiapa yang dosa-dosanya tidak menjadi kerunsingannya, iapun menjadi remeh baginya sehingga dia melupakannya. 

فلم يذكرها إِلَى يوم يتذكر الإنسان وأنى له الذكرى.

Maka dia tidak akan mengingatnya sehinggalah ke hari di mana insan akan (tiba-tiba) teringat (segala kesalahannya), dan apalah manfaat baginya ingatan tersebut (pada hari akhirat itu, kerana ianya sudah terlewat)

[Majmu’ ar-Rasaail]
__
#BroSyariefShares
‎#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً

*Lafaz doa tersebut secara penuh beserta terjemahannya adalah seperti dalam riwayat ini, di mana Nabi - sallalLaahu 'alaihi wa sallam - mengajarkan kepada Syaddad bacaan doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الثَّبَاتَ فِي الأَمْرِ، وَالْعَزِيمَةَ عَلَى الرُّشْدِ، وَأَسْأَلُكَ شُكْرَ نِعْمَتِكَ، وَحُسْنَ عِبَادَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ الْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَأَسْأَلُكَ قَلْبًا سَلِيمًا وَلِسَانًا صَادِقًا، وَأَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا تَعْلَمُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا تَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا تَعْلَمُ، إِنَّكَ أَنْتَ عَلامُ الْغُيُوبِ

ALLAHUMMA INNI AS'ALUKA ATS-TSABAATA FIL-'AMR, WAL-'AZIMATA 'ALAR-RUSYD, WA AS'ALUKA SYUKRA NI'MATAK, WA HUSNA 'IBADATAK, WA AS'ALUKAL-GHANIMATA MIN KULLI BIR, WAS-SALAAMATA MIN KULLI ISM, WA AS'ALUKA QALBAN SALIIMAN WA LISAANAN SHODIQAA, WA AS'ALUKA MIN KHAYRI MA TA'ALAMU, WA A'UDZUBIKA MIN SYARRI MA TA'LAMU, WA ASTAGHFIRUKA LIMA TA'LAMU, INNAKA ANTA 'ALLAAMU AL-GHUYUB

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keteguhan dalam urusan ini, dan kesungguhan di atas petunjuk; dan aku memohon kepadaMu (sikap) syukur di atas nikmatMu, dan keelokan dalam beribadah (kepada)Mu; dan aku memohon kepadaMu kekayaan (peluang melaksanakan) dalam segala (urusan) kebajikan, dan keselamatan dari (terjerumus dalam) setiap dosa; dan aku juga memohon kepadaMu hati yang sejahtera dan lidah yang jujur; dan aku memohon kepadaMu (apa sahaja) dari segala kebaikan yang Engkau ketahui; dan aku memohon perlindunganMu dari apa sahaja kejahatan yang Engkau ketahui; kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib." 

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

لماذا ترتفع أصواتنا عند الغضب؟

Nama Siapa atau Isi Ceritanya Apa?