Mendengar Pesanan Peringatan


#NotaTerjemahanBroSyarief

Ibn al-Jauzi (w.597H) berpesan:

قد يعرض عند سماع المواعظ للسامع يقظة، فإذا انفصل عن مجلس الذكر، عادت القسوة والغفلة،

Ada waktunya, ketika mendengarkan peringatan-peringatan, seseorang itu benar-benar dalam keadaan terjaga.

Namun.. setelah dia berpisah dari majlis ilmu, lalu kembalilah kekerasan (hati) dan kelalaian (jiwa).

 فتدبرت السبب في ذلك، فعرفته. ثم رأيت الناس يتفاوتون في ذلك

Lalu aku perhatikan apakah sebab-sebabnya, dan aku temuinya; kemudian aku lihat insan berbeza-beza keadaannya mengikut sebab-sebab tersebut.

 فالحالة العامة أن القلب لا يكون على صفته من اليقظة عند سماع الموعظة وبعدها؛ لسببين:

Keadaan yang umumnya berlaku ialah hatinya sendiri tidak berada dalam keadaan benar-benar terjaga ketika mendengarkan peringatan, begitu juga sesudahnya.

Ianya boleh berpunca dari 2 sebab:

أحدهما: أن المواعظ كالسياط، والسياط لا تؤلم بعد انقضائها، وإيلامها وقت وقوعها.

Salah satunya: Peringatan ini bagaikan cambuk sebatan, di mana kesan sakitnya tidak terasa selepas disebat. Ianya terasa hanya ketika cambuk hinggap di tubuhnya.

والثاني: أن حالة سماع المواعظ يكون الإنسان فيها مزاح العلم،

Adapun ke-dua: Ketika mendengarkan peringatan, keadaan insan itu bagaikan seorang yang memisahkan dirinya (dari segala gangguan) demi ilmu,

قد تخلى بجسمه وفكره عن أسباب الدنيا، وأنصت بحضور قلبه؛

Jasad dan fikirannya jauh dari sebab-sebab (kesibukan) duniawi. Dia diam dalam keadaan menghadirkan hatinya (fokus kepada apa yang disampaikan).

 فإذا عاد إلى الشواغل، اجتذبته بآفاتها، فكيف يصح أن يكون كما كان؟!

Namun.. apabila dia kembali kepada kesibukan hidup, dia kembali terjerat dengan segala tipu dayanya.

Lalu bagaimanakah boleh hatinya itu kekal sebagaimana ketika mendengarkan peringatan tersebut?

وهذه حالة تعم الخلق؛ إلا أن أرباب اليقظة يتفاوتون في بقاء الأثر،

Keadaan ini dirasakan oleh semua secara umum. Melainkan peringkat-peringkat kesedaran itu berbeza-beza pada kekalnya kesan tersebut (selepas mendengarkan peringatan),

 فمنهم من يعزم بلا تردد، ويمضي من غير التفات،

Maka ada di kalangan mereka yang tekad (mengekalkan kesan pada hati) tanpa sebarang rasa ragu, dan dia terus melalui (kehidupan ini secara sedar) tanpa berpaling (terhadap tipu daya dunia).

فلو توقف بهم ركب الطبع، لضجوا، كما قال حنظلة عن نفسه: نَافَقَ حَنْظَلَةُ.

Kalau dia terhenti pada kebiasaan tabiat insan (yang lalai dan terleka), pastilah mereka akan meraung sebagaimana keluhan Hanzolah terhadap dirinya: “Hanzolah seorang munafiq..!”

ومنهم أقوامٌ يميل بهم الطبع إلى الغفلة أحيانًا، ويدعوهم ما تقدم من المواعظ إلى العمل أحيانا، فهم كالسنبلة تميلها الرياح.

Ada pula dari kalangan mereka yang cenderung tunduk kepada tabiat insan yang terkadang alpa, dan peringatan-peringatan tersebut terkadang mendorong mereka kepada amal.

Mereka ini bagaikan pepohon bijirin yang mengikut arah tiupan angin (kadang ke arah ini, dan kadang ke arah yang lain).

وأقوام لا يؤثر فيهم إلا بمقدار سماعه، كماء دحرجته على صفوان.

Dan (terakhir), sekumpulan insan yang tidak terkesan apapun kecuali pada kadar yang didengarnya (pada majlis tersebut); bagaikan air yang engkau timpakan ke atas batu yang licin.

[Shoyd al-Khāthir]
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Comments