#NotaTerjemahanBroSyarief
Syaikh Dr Abdul Muhsin al-Qaasim di dalam salah satu buku kecilnya, 'Langkah-langkah Menuju Kebahagiaan' menyebutkan,
الشيطان يتعرض للإنسان ليفسد عليه أعماله الصالحة،
Fokus utama (permusuhan) syaitan terhadap insan adalah untuk merosakkan amalan soleh mereka.
ولا يزال المؤمن في جهاد مع عدوه إبليس حتى يلقى ربه على الإيمان بربه وإخلاص جميع أعماله له وحده،
Seorang mukmin itu pula akan berterusan berjuang menentang musuhnya Iblis, sehinggalah dia bertemu Tuhannya dalam keadaan kekal di atas iman kepada Tuhannya dan ikhlas dalam keseluruhan amalnya, hanya untukNya satu-satunya.
ومن أهم عوامل الإخلاص:
Di antara faktor-faktor utama pendorong (timbulnya) keikhlasan, ialah:
1 - الدعاء:
Doa
الهداية بيد الله والقلوب بين أصبعين من أصابع الرحمن يقلبها كيف يشاء،
Petunjuk hidayah adalah di tangan Allah dan hati (setiap insan itu) berada di antara dua jari di antara jari-jari Allah yang Maha Pengasih, di mana Dia membolak-balikkannya sebagaimana yang Dia mahu.
فالجأ إلى من بيده الهداية وأظهر إليه حاجتك وفقرك، واسأله دوماً الإخلاص
Maka, segeralah mencari perlindungan kepada Dia yang memiliki petunjuk itu, jelaskanlah kepadaNya keperluan & kekuranganmu, dan pohonlah kepadaNya kelangsungan dalam keikhlasan.
وقد كان أكثر دعاء عمر بن الخطاب - رضي الله عنه -:
Dahulu, di antara doa yang banyak dibacakan oleh ‘Umar - radhiyalLaahu ‘anhu -,
اللَّهُمَّ اجْعَلْ عَمَلِي كُلَّهُ صَالِحًا وَاجْعَلْهُ لِوَجْهِك خَالِصًا وَلَا تَجْعَلْ لِأَحَدِ فِيهِ شَيْئًا
ALLAAHUMMA-J’AL ‘AMALI KULLAHU SHOLIHAA.. WAJ’ALHU LIWAJHIKA KHOLISAA, WA LA TAJ’AL LIAHADI FIHI SYAII’AA.
(Yang bermaksud) “Ya Allah, jadikanlah amalku keseluruhannya soleh (yakni: diterima), dan jadikanlah ianya ikhlas hanya untuk-Mu, dan janganlah engkau jadikan padanya sesuatupun (yang bertujuan) untuk sesiapa (selain-Mu)"
2 - إخفاء العمل:
Sembunyikan amalan.
كلما استتر العمل مما يشرع فيه الإخفاء كان أرجى للقبول وأعز في الإخلاص،
Setiap kali seseorang itu menyembunyikan amalan yang disyariatkan padanya keutamaan disembunyikan, maka ianya lebih tinggi harapannya untuk ia diterima, dan lebih agung kadar keikhlasannya.
والمخلص الصادق يحب إخفاء حسناته كما يحب أن يخفي سيئاته، لقوله عليه الصلاة والسلام:
Dan orang yang benar-benar ikhlas itu suka untuk menyembunyikan kebaikan-kebaikannya sebagaimana dia suka untuk menyembunyikan keburukannya, (ini adalah) kerana mengikut pesanan Nabi - ‘alaihi as-Solaatu wasSalam -:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لا ظِلَّ إِلا ظِلُّهُ
“7 golongan yang Allah lindungi di bawah lindunganNya, di hari yang mana tiada lindungan melainkan lindunganNya:
وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ
(Salah satu darinya ialah:) “Seseorang yang bersedekah dengan sebuah sedekah, lalu dia berusaha menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.”
[HR al-Bukhari & Muslim]
يقول بشر بن الحارث: "لَا تَعْمَلْ لِتُذْكَرَ ، اكْتُمِ الْحَسَنَةَ كَمَا تَكْتُمُ السَّيِّئَةَ".
Bisyr ibn al-Haris menyebutkan, “Janganlah engkau beramal untuk disebut-sebut (oleh orang-orang lain), tutuplah kebaikan (yang telah engkau lakukan) sebagaimana engkau tutup keburukan (yang telah engkau lakukan)”
وقد فضلت نافلة صلاة الليل على نافلة النهار واستغفار السحر على غيره، لأن ذلك أبلغ في الإسرار وأقرب إلى الإخلاص.
(Perhatikan di dalam agama ini bagaimana) Diutamakan solat sunat malam berbanding solat sunat pagi, dan juga istighfar di awal pagi berbanding waktu-waktu yang lain, kerana ianya lebih tinggi kerahsiaannya (kerana kita bersendiri, manakala ramai masih tidur) dan lebih dekat kepada keikhlasan.
3 - النظر إلى أعمال الصالحين ممن هم فوقك:
Memerhatikan amalan orang-orang soleh yang mana mereka itu berada di atasmu (dari sudut kualiti amal)
في أعمالك الصالحة لا تنظر إلى أعمال رجال زمانك ممن هم دونك في المسابقة إلى الخيرات،
Pada amalanmu yang soleh itu, janganlah engkau (membandingkan dengan) memerhatikan amal orang-orang sezaman denganmu yang mana mereka itu di bawah darimu dalam usaha berlumba ke arah kebaikan (kerana ianya akan menimbulkan rasa cukup dengan amal yang telah dilakukan).
وتطلع دائماً إلى الاقتداء بالأنبياء والصالحين، يقول سبحانه:
Selalulah berusaha untuk mengikuti (contoh terbaik) para Nabi dan orang-orang soleh (yang terdahulu), sebagaimana firmanNya - subhanahu -
أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ
“Mereka (yakni: para Nabi itu) lah yang Allah berikan petunjuk (kepada mereka); maka dengan petunjuk mereka itu, ikutlah!”
[al-An’aam(6):90].
واقرأ سير الصالحين من العلماء والعباد والنبلاء والزهاد،
Bacalah juga sirah orang-orang soleh di kalangan para ulama, para ahli ibadah, para ahli cerdik dan para ahli zuhud,
فهو أرجى لزيادة الإيمان في القلب.
Kelak, ianya lebih diharap dapat menambah kekuatan iman di dalam hati.
5 - الخوف من عدم قبول العمل:
Rasa bimbang tidak diterimanya amal (yang telah dilakukan).
كل عمل صالح تفعله احتقره وإذا عملته كن خائفاً من عدم قبوله.
Setiap amal soleh yang engkau lakukan, anggaplah ia remeh (agar engkau tak rasa puas dengan hanya itu) dan setelah engkau melakukannya, (hadirkan rasa) bimbang ianya tidak diterima (supaya engkau berterusan beramal).
ولقد كان من دعاء السلف: "اللهم إنا نسألك العمل الصالح وحفظه"
Di antara doa para salaf: ‘Ya Allah, kami memohon kepada-Mu (kurniaan agar kami dapat melakukan) amal soleh (yang diterima) dan (kurniaan) pemeliharaannya (agar ia berterusan).’
ومن حفظه عدم العجب والفخر به،
Di antara (cara) pemeliharaannya adalah dengan mengelakkan rasa takjub (terhadap amalan tersebut) dan (juga tidak) berbangga-bangga dengannya (sehingga menceritakannya atau menunjuk-nunjuk).
بل يبقى الخوف من عدم قبوله معلقاً، يقول سبحانه:
Malah kekalkanlah rasa kebimbangan bahawa ianya tidak diterima, secara berterusan.
Allah - subhaanahu - berfirman,
وَلَا تَكُونُوا كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ أَنْكَاثًا
“Dan janganlah kalian menjadi seperti seseorang yang menguraikan ikatan selepas ianya dipintal kuat, sehingga menjadi bercerai berai kembali..”
[an-Nahl(16):92]
وروى الإمام أحمد والترمذي أن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها قالت: يا رسول الله،
Imam Ahmad dan at-Tirmizi telah meriwayatkan, bahawa Ummul Mukminin, ‘Aisyah - radhiyalLaahu ‘anha -, katanya: ‘Wahai Rasulullah.. (kemudian beliau membacakan ayat di bawah)
وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَى رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka bawa (untuk disedekahkan), dalam keadaan hati mereka gementar (kerana menyedari) bahawa mereka akan kembali kepada Tuhan mereka..”
[al-Mukminun(23):60]
هو الذي يسرق ويزني ويشرب الخمر وهو يخاف الله عز وجل؟
(Lalu beliau bertanya adakah ayat tersebut merujuk kepada) Orang yang mencuri, berzina, meminum arak, tapi dalam masa yang masa mereka takutkan Allah?
قال: لا يا بنت أبي بكر الصديق، ولكنهم الذين يصلون ويصومون ويتصدقون وهم خائفون ألا يتقبل منهم.
Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - pun menjawab, “Tidak wahai puteri Abu Bakr as-Siddiq; malah mereka itu adalah orang-orang yang solat, puasa, bersedekah.. dalam masa yang sama mereka dalam keadaan bimbang Allah tidak menerimanya dari mereka..”
قال ابن كثير في تفسير قوله تعالى: {وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آَتَوْا...} [المؤمنون: 60]:
Ibn Katsir (w.852H) menyebutkan pada pentafsiran ayat tersebut, katanya:
"أي يعطون العطاء وهم خائفون وجلون أن لا يتقبل منهم، لخوفهم أن يكونوا قد قصروا في القيام بشرط الإعطاء".
Maksudnya: Mereka memberikan pemberian tersebut dalam keadaan bimbang lagi gentar Allah tidak menerimanya dari mereka; ini disebabkan ketakutan mereka akan kekurangan pada memenuhi pra-syarat pemberian tersebut.
[Tafsir Ibn Katsir]
والإخلاص يحتاج إلى مجاهدة قبل العمل وأثناءه وبعده.
Dan (hakikatnya) keikhlasan (dalam melakukan sesuatu amalan) itu menuntut kesungguhan tika sela masa ‘sebelum’, ‘semasa’ dan ‘selepas’nya.
6 - عدم التأثر بكلام الناس:
Tidak terpengaruh dengan kata-kata orang.
الرجل الموفق هو الذي لا يتأثر بمدح الناس
Orang yang dikurniakan tawfiq, adalah orang yang tak terkesan dengan pujian orang lain (terhadap dirinya, kerana amalannya),
فإذا أثنوا عليه خيراً إن فعل طاعة لم يزده ذلك إلى تواضعاً وخشية من الله،
Apabila ada yang menyanjungnya dengan baik ketika dia melakukan sesuatu (amal) ketaatan, ia tidaklah menambahkan baginya (apa-apa perasaan lain), kecuali (dia menjadi semakin) merendah diri dan takutkan Allah (yang mengurniakan kesempatan melaksanakan ketaatan itu).
وأيقن بأن مدح الناس له فتنة، فدعا ربه أن ينجيه من هذه الفتنة،
Dia juga meyakini bahawa pujian manusia itu baginya adalah ujian fitnah, lalu dia segera berdoa kepada Tuhannya agar menyelamatkannya dari fitnah tersebut.
فليس أحد ينفع مدحه ويضر ذمه إلا الله، وأنزل الناس منزلة أصحاب القبور في عدم جلب النفع لك ودفع الضر عنك،
Kerana (hakikatnya) tiada sesiapa yang pujiannya memberikan apa-apa manfaat dan celaannya memberikan apa-apa mudarat, selain dari Allah.
Letakkanlah semua insan itu pada kedudukan penghuni kubur pada hakikat tiadanya (bagi mereka itu) mampu meraih manfaat untukmu, apatah lagi menolak mudarat dari (menimpa)mu.
يقول ابن الجوزي: "ترك النظر إلى الخلق ومحو الجاه من قلوبهم بالعمل وإخلاص القصد وستر الحال هو الذي رفع من رفع".
Ibn al-Jawzi (w.597H) menyebutkan, '(1) Meninggalkan (sikap) melihat (respon dan perhatian) makhluq (lain terhadap amal kita), (2) memadam rasa megah di dalam hati mereka dengan amal tersebut (yang telah dibuat), (3) mengikhlaskan niat tujuan (hanya kerana Allah), dan (4) menutup keadaan itu (yakni: menyembunyikan amal itu dari diketahui orang); itulah yang tinggi (nilai keikhlasannya) di antara yang tertinggi.'
[Shayd al-Khotir]
7 - استصحاب أن الناس لا يملكون جنة ولا ناراً:
Menerapkan perspektif bahawa (hakikat) insan itu tidak memiliki syurga atau neraka
إذا شعر العبد بأن الذين يرائي لهم سوف يقفون معه في المحشر خائفين عارين أدرك أن صرف النية لهم في غير محله حيث لم يخففوا عنه وطأة المحشر، بل هم معه في ذلك الضنك،
Sekiranya seseorang hamba itu dapat menghayati bahawa mereka yang dia tunjukkan (amalannya) kepada mereka itu juga akan bersama-sama berdiri dengannya di Mahsyar nanti dalam keadaan takut dan telanjang, (nescaya) dia akan sedar bahawa memalingkan niat (tujuan beramal) untuk mereka adalah bukan pada tempat yang sepatutnya, di mana ia tidak meringankan kedahsyatan perjalanan di Mahsyar, malah mereka bersamanya (pada kedudukan yang sama) dalam keadaan yang sempit tersebut.
فإذا عملت ذلك علمت أن إخلاص العمل حقه أن لا يصرف إلا لمن يملك جنة وناراً.
Sekiranya engkau dapat melakukan (penghayatan) sedemikian, engkau telah mengetahui (hakikat) bahawa keikhlasan dalam beramal itu, haknya adalah dengan tidak memalingkan (tujuannya) kecuali hanya kepada (Dia) yang memiliki Syurga dan Neraka.
فعلى المؤمن أن يوقن بأن البشر لا يملكون جنة يقدمونك إليها، ولا قدرة لهم على إخراجك من النار لو طلبت منهم إخراجك منها،
Maka, hendaklah bagi seseorang mukmin itu meyakini bahawa manusia tidak memiliki (hak ke atas) syurga untuk mereka mendahulukan engkau ke arahnya, dan tiada sekelumit kudratpun yang mereka miliki untuk mengeluarkan engkau dari neraka, walaupun engkau merayu kepada mereka untuk mengeluarkan engkau darinya.
بل لو اجتمعت البشر كلهم من آدم إلى آخرهم، ووقفوا خلفك، لما استطاعوا أن يقدموك إلى الجنة ولو بخطوة واحدة،
Malah sekiranya berkumpul kesemua manusia, bermula dari Adam sehingga insan yang terakhir dari kalangan mereka, dan mereka berdiri di belakangmu (untuk cuba memberi manfaat kepadamu), nescaya mereka tidak akan mampu membantu menolakmu ke syurga, walaupun hanya (pada kadar hanya) satu langkah.
إذاً لماذا ترائي البشر وهم لا يملكون لك شيئاً؟
Justeru, kenapa engkau begitu teruja ingin meraikan manusia (agar melihat amalmu) dalam keadaan hakikatnya mereka tidak memiliki apapun?
قال ابن رجب: "من صام وصلى وذكر الله، ويقصد بذلك عرض الدنيا، فإنه لا خير له فيه بالكلية،
Ibn Rejab (w.795H) menyebutkan, ‘Sesiapa yang berpuasa, bersolat & berzikir kepada Allah, dan memaksudkan dengan (amalan) demikian itu (untuk mencapai) tujuan keduniaan, maka tiada sebarang kebaikan baginya dalam amalannya itu secara keseluruhan..
لأنه لا نفع في ذلك لصاحبه، لما يترتب عليه من الإثم فيه ولا لغيره". أي ولا نفع فيه أيضاً لغيره.
Kerana sesungguhnya tiada sebarang manfaat langsung pada amal tersebut bagi pelakunya, kerana apa yang jelas dia terima dalam bentuk dosa; dan tiada juga bagi selainnya - yakni: tiada juga manfaat pada amal itu untuk orang lain selainnya.’
[Jaami' al-'Ulum wal-Hikam]
ثم إن الذين تُزين عملك لهم من أجل أن يمدحوك لن تحصل مرادك منهم،
Kemudian, mereka yang engkau indahkan amalmu untuk mereka, dengan tujuan agar mereka memujimu; engkau tidak akan pernah mendapatkan hasil maksudmu dari mereka!
بل إنهم سوف يذمونك، وتفضح عندهم، ويلقى في قلوبهم بغضك،
Malah mereka akan mencemuh, dan mengecohkan di kalangan mereka (tentang keburukanmu), dan dicampakkan dalam hati mereka rasa benci terhadap dirimu.
يقول عليه الصلاة والسلام: «وَمَنْ يُرَائِي يُرَائِي اللهُ بِهِ» رواه مسلم.
Nabi - sallalLaahu ‘alaihi wa sallam - bersabda: “Sesiapa yang menunjuk-nunjukkan amalnya (agar diperhati dan dipuji), nescara Allah akan menunjukkan (bongkar pekung dan aibnya) dengan amal tersebut.”
[HR Muslim]
أما إذا أخلصت لله أحبك الله الخلق، قال سبحانه: {إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُواوَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدًّا} [مريم: 96] أي محبة
Adapun sekiranya engkau ikhlas (beramal) hanya kerana Allah, Allah akan menjadikan engkau disayangi oleh semua makhluq.
Sebagaimana firmanNya - subhanaahu -,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka (Tuhan) Yang Maha Pengasih itu akan menjadikan untuk mereka kasih sayang (dari semua)”
[Maryam(19):96]
8 - تذكر أنك في القبر بمفردك:
Ingatlah bahawa engkau di dalam kubur bersendirian!
النفوس تصل بتذكر مصيرها،
Jiwa itu akan sampai kepada (keikhlasan) dengan mengingati akan hakikat perjalanan (kehidupan)nya.
وإذا أيقن العبد أنه يوسَّد اللحد منفرداً بلا أنيس، وأنه لا ينفعه سوى العمل الصالح،
Apabila seseorang hamba itu meyakini bahawa dia akan mengisi liang lahad itu bersendirian tanpa sebarang teman, dan tiada yang dapat memberikan manfaat kepadanya selain amal yang soleh,
وأن جميع البشر لن يرفعوا عنه شيئاً من عذاب القبر، وأن الأمر كله بيد الله،
Dan keseluruhan manusia tak akan mampu mengangkat darinya walau sedikitpun dari azab kubur, dan hakikatnya, urusan itu adalah di tangan Allah.
حين ذاك يوقن العبد أنه لا ينجيه إلا إخلاص العمل لخالقه وحده جل وعلا.
Ketika itulah seseorang hamba itu meyakini bahawa tiada yang dapat menyelamatkannya kecuali keikhlasan amalan hanya kerana penciptanya satu-satunya.
يقول ابن القيم (1): "صدق التأهب للقاء الله من أنفع ما للعبد وأبلغه في حصول استقامته، فإن من استعد للقاء الله انقطع قلبه عن الدنيا وما فيها ومطالبها"
Ibn al-Qayyim (w.751H) menyebutkan di dalam kitab Thoriq al-Hijratayn,
‘Kejujuran pengharapan untuk bertemu Allah merupakan sikap yang paling bermanfaat dan paling kuat membantu mencapai istiqamah, kerana sesiapa yang menyediakan persiapan untuk bertemu Allah, hatinya akan terputus dari (kebergantungan kepada) dunia, seluruh isi dan tuntutan-tuntutannya.’
[al-Khuthuwaat ila as-Sa’aadah]
__
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
Comments
Post a Comment