Hak Allah vs Hak Diri
Ibn Rajab al-Hanbali rhm. menukilkan daripada seorang ulama yang menceritakan pengalamannya ketika dalam perjalanan menunaikan haji.
Rombongan itu dipimpin oleh seorang 'amīr' (bermaksud ketua).
Setiap hari, apabila tiba waktu Subuh, amīr akan menghentikan perjalanan supaya para jemaah boleh turun, menunaikan solat Subuh, kemudian meneruskan perjalanan.
Namun pada suatu hari, matahari sudah hampir terbit sedangkan rombongan masih belum berhenti.
Lelaki itu memanggil mereka agar berhenti, tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Lalu dia berwuduk di atas 'maḥmalnya' — tempat duduk atau usungan yang dipasang di atas unta — kemudian turun untuk menunaikan solat.
Pada ketika itu, dia sudah bersedia menerima akibat pilihannya. Dia menetapkan hati bahawa sekiranya rombongan meninggalkannya, dia akan berjalan kaki menyusuli sehingga mereka berhenti semula pada waktu Duha.
Sedangkan menurutnya, rombongan itu biasanya hanya berhenti apabila hampir waktu Zuhur. Dia sendiri tahu perjalanan sebegitu sangat berat baginya dan dia sebenarnya tidak berdaya melakukannya.
Setelah selesai solat, dia melihat ke arah rombongannya.
Rupa-rupanya mereka masih berada di situ.
Dia sendiri hairan, kerana jika mereka diminta berhenti kerana kehendaknya sendiri, mereka tentu tidak akan melakukannya.
Apabila ditanya sebab mereka berhenti, mereka menjawab:
Lelaki itu pun kembali mengikut rombongan itu, menaiki tunggangannya dan memuji Allah ﷻ.
Hasil dari pengalaman itu, dia menyebutkan:
Menariknya, kisah itu tidak berakhir di situ. Lelaki tersebut membawakan dua bait syair sebagai gambaran pengalaman itu:
aku pula tersandung oleh hujung pakaianku sendiri.
Pengajaran
Kisah ini bukan mengajar kita supaya sengaja menyusahkan diri. Tetapi ia mengajar satu prinsip yang sangat halus:
Lelaki itu tidak tahu bahawa rombongannya akan berhenti. Ketika dia turun untuk solat, dia benar-benar bersedia menanggung kesukaran kerana pilihannya itu.
Dia mendahulukan hak Allah bukan kerana tahu Allah akan memudahkannya, tetapi kerana hak Allah memang patut didahulukan.
Kemudahan yang berlaku selepas itu hanyalah sesuatu yang dia sendiri tidak jangka.
Kadang-kadang kita terlalu takut kehilangan sesuatu apabila mahu taat kepada Allah — masa, keselesaan, peluang, wang, atau penerimaan manusia.
Sedangkan kita tidak tahu bagaimana Allah akan menguruskan perkara yang berada di luar kemampuan kita.
Comments
Post a Comment