Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan
Firman-Nya,
"Insan itu.. ..apabila Tuhannya mengujinya dengan mengurniakan kemuliaan dan memberi nikmat kepadanya, lalu dia katakan: Tuhanku memuliakan aku!. Namun, apabila Tuhannya mengujinya dengan menyempitkan rezekinya, dia pula menyebut: Tuhanku menghinaku!."
[al-Fajr(89):15-16] #BSS
Ibn Katsir (w.774H) menyebutkan,
"Allah swt menyebutkan ayat ini mengingkari orang yang berkeyakinan sekiranya Allah lapangkan rezeki sebagai ujian untuknya, dia malah menganggap Allah memuliakannya. Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian, ia sebenarnya bala dan ujian (dari Tuhan)." #BSS
"Sebagaimana firman-Nya, "Adakah mereka menyangka apabila Kami kurniakan harta dan anak pinak kepada mereka, ia bermaksud Kami bersegera memberikan kebaikan kepada mereka? Malah sebenarnya mereka tidak menyedari (bahawa ia adalah ujian Tuhan)."" [al-Mukminun(23):55-56] #BSS
Pada ayat ke-17, Allah dengan jelas menjawab:
"Hakikatnya tidak!"
[al-Fajr(89):17] #BSS
Ibn Katsir menjelaskan maksudnya,
"Ia bukan seperti yang mereka sangkakan. Ia bukan kemuliaan dan bukan juga penghinaan. Allah kurniakan harta kepada orang yang Dia sayang dan orang yang Dia benci. Dia juga menyempitkan rezeki buat orang yang Dia kasih dan orang yang Dia tidak kasihi." #BSS
"Kayu ukur sebenarnya ialah pada realisasi ketaatan kepada Allah dalam kedua-kedua keadaan (sama ada diluaskan atau disempitkan rezeki). Apabila dia kaya, dia bersyukur kepada Allah di atas kurniaan tersebut, dan apabila dia miskin, dia bersabar dengan ujian-Nya."
[Tafsir Ibn Katsir]

Comments
Post a Comment