#NotaTerjemahanBSS | Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan:

المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا

‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.'

Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan:

وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ

‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya.

فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ

Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya.

ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ

Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhadap kita. Sekiranya tidak mampu, maka kita balas dengan doa kebaikan.

فَأرْشَدَنا اللَّهُ لِما عَلِمَ عَجْزَنا عَنْ مُكافَأةِ نَبِيِّنا إلى الصَّلاةِ عَلَيْهِ

Maka, Allah swt bimbing kita agar berselawat untuk Nabi saw kerana mengetahui hakikat kita tidak mampu memberi balasan yang setimpal kepada Nabi saw.

لتكون صلاتنا عليه مكافأة بإحسانه إلينا وأفضاله علينا إذ لا إحسان أفضل من إحسانه

Ini adalah supaya selawat kita untuknya menjadi balasan setimpal di atas kebaikannya kepada kita & keutamaannya berbanding kita, kerana tidak kebaikan yang lebih utama berbanding kebaikan baginda saw (terhadap kita).'

[al-Qaul al-Badi‘ fi as-Solat ‘ala al-Habib asy-Syafi‘]

Ringkasan: Tujuan berselawat ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mendoakan baginda Nabi saw kerana kita tidak mampu membalas dengan setimpal segala kebaikannya kepada kita.

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

لماذا ترتفع أصواتنا عند الغضب؟

Nama Siapa atau Isi Ceritanya Apa?