Posts

Showing posts with the label Lathoif al-Maarif

Hak Allah vs Hak Diri

#NotaTerjemahanBSS Ibn Rajab al-Hanbali rhm. menukilkan daripada seorang ulama yang menceritakan pengalamannya ketika dalam perjalanan menunaikan haji. Rombongan itu dipimpin oleh seorang 'amīr' (bermaksud ketua).  Setiap hari, apabila tiba waktu Subuh, amīr akan menghentikan perjalanan supaya para jemaah boleh turun, menunaikan solat Subuh, kemudian meneruskan perjalanan. Namun pada suatu hari, matahari sudah hampir terbit sedangkan rombongan masih belum berhenti.  Lelaki itu memanggil mereka agar berhenti, tetapi mereka tidak mengendahkannya. Lalu dia berwuduk di atas 'maḥmalnya' — tempat duduk atau usungan yang dipasang di atas unta — kemudian turun untuk menunaikan solat. Pada ketika itu, dia sudah bersedia menerima akibat pilihannya. Dia menetapkan hati bahawa sekiranya rombongan meninggalkannya, dia akan berjalan kaki menyusuli sehingga mereka berhenti semula pada waktu Duha.  Sedangkan menurutnya, rombongan itu biasanya hanya berhenti...