Jangan Singgung Perasaan Fakir Miskin

#NotaTerjemahanBSS 

'Aiz ibn 'Amr meriwayatkan sebuah peristiwa di mana,

أَبَا سُفْيَانَ أَتَى عَلَى سَلْمَانَ وَصُهَيْبٍ وَبِلَالٍ فِي نَفَرٍ

Abu Sufyan melewati Salman, Suhayb dan Bilal (selepas termeterainya perjanjian Hudaibiyah, lama sebelum Abu Sufyan memeluk Islam),

فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا أَخَذَتْ سُيُوفُ اللَّهِ مِنْ عُنُقِ عَدُوِّ اللَّهِ مَأْخَذَهَا

Lalu mereka berkata (dengan nada sindiran), 'Demi Allah, nampaknya pedang-pedang Allah belum selesai menetak tengkuk musuh-musuh Allah!'

قَالَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَتَقُولُونَ هَذَا لِشَيْخِ قُرَيْشٍ وَسَيِّدِهِمْ

Abu Bakr menegur mereka, 'Kalian menyebutkan ini kepada tokoh dan tuan bangsa Quraisy?' (kerana bimbang Abu Sufyan semakin membenci Islam)

فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ

Lalu beliau menemui Nabi saw dan memberitahunya (tentang apa yang berlaku),

فَقَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ لَعَلَّكَ أَغْضَبْتَهُمْ لَئِنْ كُنْتَ أَغْضَبْتَهُمْ لَقَدْ أَغْضَبْتَ رَبَّكَ

Lalu Nabi berkata, "Wahai Abu Bakr, barangkali engkau telah menyinggung mereka (dengan kata-kata engkau tersebut).
Sekiranya benar engkau telah menyinggung mereka, sebenarnya engkau telah menyinggung Tuhanmu!"

فَأَتَاهُمْ أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ يَا إِخْوَتَاهْ أَغْضَبْتُكُمْ

Abu Bakr segera mendatangi mereka lalu berkata,
'Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyinggung kalian (dengan kata-kataku itu tadi)?'

قَالُوا لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ يَا أَخِي

Mereka menjawab, 'Tidak! Semoga Allah mengampunkan engkau, wahai saudaraku!'

[HR Muslim]

Imam an-Nawawi (w.676H) di dalam kitab koleksi haditsnya, Riyadhus Solihin, beliau telah meletakkan hadits ini di bawah bab yang bertajuk:

ملاطفة اليتيم، والبنات، وسائر الضعفة والمساكين

'Menyantuni anak yatim, anak-anak perempuan, dan sekalian orang-orang lemah dan miskin.'

Ini menunjukkan hadits ini mempunyai nilai penting dalam interaksi kita bersama orang-orang yang kekurangan di sekeliling kita.

Syaikh Muhammad al-'Utsaimin pula menyebutkan di antara pengajaran hadits di atas:

نتعلم من هذا الحديث أن الإنسان المسلم لا يغضب الفقير لكونه فقيراً،

Kita pelajari dari hadits ini bahawa insan muslim itu (sikapnya) tidak suka menyinggung perasaan orang yang fakir kerana kefakirannya,

والإنسان المسلم يحب الفقير ولا يتمنى الفقر، ولكن الفقر قد يكون نعمة لإنسان، وقد يكون نقمة على إنسان آخر،

Muslim mencintai orang faqir miskin, walaupun dalam masa yang sama dia tidak mengimpikan kefakiran (untuk dirinya).
Namun, hakikat kefakiran boleh menjadi nikmat bagi seseorang insan, dan ia juga boleh menjadi ujian bagi insan yang lain.

ولذلك يكفي الفقير أنه يسبق إلى الجنة بنصف يوم من أيام القيامة، أي: خمسمائة عام،

Oleh kerana itu, memadai (pengiktirafan bagi) orang faqir dengan (keistimewaan) didahulukan memasuki syurga (lebih awal) separuh hari dari keseluruhan hari-hari kiamat, yang menyamai 500 tahun.

فلا تعاد الفقير أبداً، لعله يكون ولياً لله عز وجل.

Maka, jangan sesekali dimusuhi orang yang faqir, barangkali dia merupakan wali Allah 'azza wa jalla.

<<www.linktr.ee/brosyarief>>
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Comments