“Insan tidak akan merasa bosan langsung meminta kebaikan. Tetapi apabila keburukan menimpanya, dia terus hilang harapan, berputus asa.”
[Fussilat(41):49]
#NotaTadabburBSS Syaikh as-Sa’di - rahimahulLah - menyebutkan komentarnya mengenai ayat di atas, katanya:
هذا إخبار عن طبيعة الإنسان، من حيث هو، وعدم صبره وجلده، لا على الخير ولا على الشر، إلا من نقله الله من هذه الحال إلى حال الكمال،
Ayat ini memberitahu tentang tabiat insan, sebagaimana adanya.
Dia tidak dapat bersabar dan bertahan sama ada ketika berhadapan dengan kebaikan atau keburukan.
Melainkan orang yang Allah pindahkan dia dari keadaan ini kepada keadaan yang terbaik (yang akan disebutkan di akhir nanti).
فقال: ﴿لا يَسْأمُ الإنْسانُ مِن دُعاءِ الخَيْرِ﴾ أي: لا يمل دائمًا، من دعاء الله، في الغنى والمال والولد، وغير ذلك من مطالب الدنيا،
Allah menyebutkan, “Insan itu tidak akan pernah jemu meminta kebaikan.”
Maksudnya: Dia tidak akan merasa bosan meminta kepada Allah, untuk mendapatkan kekayaan, harta, anak pinak, serta pelbagai bentuk keperluan di dunia.
ولا يزال يعمل على ذلك، ولا يقتنع بقليل، ولا كثير منها، فلو حصل له من الدنيا، ما حصل، لم يزل طالبًا للزيادة.
Dia akan terus berusaha dalam keadaan sedemikian, tanpa merasa cukup sama ada dengan kadar sedikit atau banyak sekalipun.
Kalaupun dia mendapatkan bahagian daripada dunia ini secukup apa pun yang dia terima, dia tetap berterusan mencari tambahannya.
﴿وإنْ مَسَّهُ الشَّرُّ﴾ أي: المكروه، كالمرض، والفقر، وأنواع البلايا ﴿فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ﴾ أي: ييأس من رحمة الله تعالى، #BSS
“Apabila musibah menimpanya”. Merujuk kepada: Kesusahan, kesakitan, kefakiran dan pelbagai bentuk bala.
“Lalu diapun berputus asa!”. Yakni: Berputus asa dari rahmat Allah.
ويظن أن هذا البلاء هو القاضي عليه بالهلاك، ويتشوش من إتيان الأسباب، على غير ما يحب ويطلب.
Dia menyangkakan semua bala itulah yang akan menamatkan kehidupannya dengan kehancuran.
Dia menjadi terganggu kerana munculnya sebab-sebab perkara yang dia tidak suka dan dia tidak minta.
إلا الذين آمنوا وعملوا الصالحات،
Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh.
فإنهم إذا أصابهم الخير والنعمة والمحاب، شكروا الله تعالى، وخافوا أن تكون نعم الله عليهم، استدراجًا وإمهالا #BSS
Mereka ini, jika menerima kebaikan, nikmat dan kegembiraan; merekapun bersyukur kepada Allah.
Mereka juga bimbang nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka menjadi istidraj dan penangguhan ganjaran.
وإن أصابتهم مصيبة، في أنفسهم وأموالهم، وأولادهم، صبروا، ورجوا فضل ربهم، فلم ييأسوا.
Apabila musibah menimpa mereka, melibatkan diri, harta dan anak-pinak mereka; merekapun bersabar dan mengharapkan kelebihan dari Tuhan mereka, malah mereka tidak berputus asa.
[Taysir al-Karim ar-Rahman] #BSS
Pengajaran:
Keinginan dan kehendak insan itu tiada batasan. Kebaikan yang dia mahu dapatkan segera. Keburukan yang dia hendak hilangkan secepatnya.
Hampir susah untuk insan itu dengan perlahan dapat bertahan dan memberi tindak balas yang sesuai bagi setiap keadaan.
Kuncinya pada keimanan dan amal soleh yang membuatkan kita bersyukur dengan nikmat-Nya dan bersabar dengan ujian-Nya.
__

Comments
Post a Comment