#NotaTerjemahanBSS | Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

Image
as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhadap kita. Sekiranya ti...

Nama Siapa atau Isi Ceritanya Apa?




ADA APA PADA NAMA?

Semakin masa berlalu semakin kita hanyut pada mengagungkan nama dan gelaran untuk menilai kebenaran dan kedudukan kehormat dalam agama. 

Jika diamati dengan baik, tidak sedikit di dalam al-Quran disebutkan watak-watak yang sangat penting dan begitu hebat sehingga kata-kata mereka dipilih Allah untuk dirakamkan di dalam kitab-Nya, untuk kita baca, dan setiap mereka diceritakan tanpa nama.  

Di dalam surah Yaseen, ketika disebutkan tentang 3 utusan yang dihantar memberikan peringatan, [36:14], tiada sebarang nama disebutkan, sedangkan mereka adalah utusan Allah. 

Kemudian, pada beberapa ayat seterusnya, disebutkan terdapat seorang lelaki yang berlari untuk mengingatkan kaumnya supaya mengikuti dakwah para utusan itu. Malah, Allah rakamkan kata-katanya sebanyak 8 ayat [36:20-27] dan dia juga tidak dikenali. 

Di dalam surah al-Kahfi, kisah pemuda-pemuda yang melarikan diri menyelamatkan akidah mereka sehingga Allah rakam kisah mereka di dalam al-Quran, juga nama-nama mereka tidak dikenali sedangkan mereka contoh hebat buat para remaja. 

Malah jumlah mereka juga tidak disebutkan sehingga Allah menyindir mereka yang sibuk membincangkan akan jumlah mereka, 

سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ 

Mereka akan mengatakan, (bahawa pemuda-pemuda itu, jumlahnya) 3 orang (dan yang) ke-4, adalah anjing mereka.

وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ 

Dan ada yang mengatakan, (bahawa pemuda-pemuda itu, jumlahnya) 5 orang (dan yang) ke-6, adalah anjing mereka

رَجْمًا بِالْغَيْبِ

(Semua itu adalah) Lemparan dalam kegelapan (yang hanya membuang masa)

وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ

Dan ada yang mengatakan, (bahawa pemuda-pemuda itu, jumlahnya) 7 orang (dan yang) ke-8, adalah anjing mereka

قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ

Katakanlah (wahai Muhammad), tuhanku lebih mengetahui akan jumlah mereka (yang sebenarnya), dan mereka tidak mengetahui (akan hakikatnya) kecuali sedikit

[al-Kahfi(18):22]

Begitu juga di dalam surah Yusuf, ketika mana Yusuf ‘alaihis salam berhadapan dengan tuduhan kesalahan yang tidak dilakukannya, Allah rakamkan cadangan dari satu lagi watak yang tak dikenali supaya menyiasat di mana koyaknya pakaian untuk mengetahui siapakah yang sebenarnya menggoda siapa [12:26-28]

Demikian juga dari surah an-Naml, ketika Sulaiman ‘alaihis Salam ingin memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin membawakan singgahsana Saba’ ke hadapannya, Allah rakamkan kata-kata satu watak yang namanya tak dikenali yang menawarkan dan sekaligus membawakan singgahsana Saba dalam sekelip mata, menjadikan Sulaiman memuji Allah [27:40]

Demikian juga dirakamkan dalam hadits-hadits tentang orang sekian-sekian yang melakukan amalan hebat, yang telah berjasa, dan diganjari syurga, namun nama mereka tidak sekalipun disebutkan. Sama ada budak kisah ashab al-Ukhdud, wanita hitam ahli syurga dan ramai lagi watak tanpa nama yang diceritakan baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam

Mereka adalah watak penting sehingga Allah ‘azza wa jall merakamkan kata-kata mereka dan menyebutnya di dalam al-Quran

Mereka adalah watak yang signifikan sehingga RasululLah sallalLaahu alaihi wa sallam mengkhabarkan kisah-kisah mereka kepada para sahabat

Tetapi kenapa watak-watak penting ini tidak dikongsikan nama mereka sebagaimana nama-nama watak utama dipampangkan pada layar setiap penghujung drama atau filem yang ditayangkan?

Jawapannya mudah

Apa yang dinilai adalah apa yang telah mereka kata dan apa yang telah mereka lakukan. Ukurannya adalah pada ilmu dan amal, bukan pada nama dan sosok tubuhnya

Kerana itu, kita menilai kebenaran bukan pada nama dan label, tapi pada kandungan mesej dan kekuatan hujjah. 

Apa lagi apabila berkait urusan agama, pastinya neraca kebenaran hanya bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah. 

Pernah dinukilkan satu kata-kata yang baik untuk dijadikan pedoman, 

الحق لا يعرف بالرجال، اعرف الحق تعرف رجاله

Kebenaran itu tak dikenali pada sosok individu (kerana namanya, dsbg)

Kenali kebenaran itu (yang utama dan dahulu), kemudian engkau akan kenal orangnya (yang benar-benar ahli)

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

لماذا ترتفع أصواتنا عند الغضب؟