15 TIPS BACAAN AL-QURAN
Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini
هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
Terjemahan oleh: BroSyarief
<< 01 >>
١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran hanya pada waktu terluangmu.
بل خصص له وقتا محددا لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya sela waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.
<< 02 >>
٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,
وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatlah akan hebatnya kelebihan membaca al-Quran.
<< 03 >>
٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس ،
Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau sesak dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.
ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.
<< 04 >>
٤- للقرآن هيبة ووقار ،
al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.
ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس ،
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.
فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu kerana hendak berbicara dengan orang lain.
<< 05 >>
٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة ،
Generasi salaf dahulu apabila mereka mula membaca suatu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan surah tersebut.
وهذا من الأدب مع كلام الله، والبعض يقطع الآيات !
Ini antara adab dengan kalam Allah, kerana membaca hanya sebahagian itu memutuskan ayat-ayat tersebut.
<< 06 >>
٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.
وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika ada seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu kepadanya meminta maaf.
وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini tanda engkau memuliakan kitab Allah.
<< 07 >>
٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه
Jika engkau terpaksa menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang, jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.
بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.
<< 08 >>
٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة ، .
Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,
أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tiada ganjaran dan tidak dianggap sebagai membaca.
هكذا أفتى العلامة بن باز رحمه الله
Ini sebagaimana yang difatwakan oleh Ibn Baz rahimahulLah.
<< 09 >>
٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتر وتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.
<< 10 >>
١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, di mana tiada siapa mengenali engkau di situ;
وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة ، .
Adapun bagi wanita, dia boleh pergi ke sebarang bilik atau ruangan yang terasing dari orang lain.
لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayat-Nya.
<< 11 >>
١١-مهمة:
شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.
فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka aku nasihatkan agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat).
وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Kemudian, engkau pergilah membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu).
<< 12 >>
١٢- أثناء قراءتك ستمر عليك آيات رحمة ووعيد
12. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat tentang rahmat dan ancaman.
قف .. عند بعضها
Berhentilah.. pada sebahagian ayat-ayat tersebut.
وارفع يديك واسأل الله من فضله
Angkatlah kedua tanganmu dan berdoalah kepada Allah meminta kelebihanNya (agar memperoleh rahmat-Nya, dijauh dari azab-Nya).
فلها أثر على القلب كبير .
Ia memberi kesan yang hebat kepada hati.
<< 13 >>
١٣- إن كنت بطيئ القراءة أو لا تحسنها
13. Jika bacaan engkau sangat perlahan atau engkau tak mampu membaca dengan baik,
فأعلم أن أجرك مضاعف فلك الأجر مرتين .
Ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Engkau mendapat dua ganjaran pahala (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam keadaan susah).
وأوصيك بتحميل القرآن صوتياً بهاتفك وتابعه .
Aku juga menyarankan engkau muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan belajar membaca dengan cuba mengikuti rakaman bacaan itu (sambil turut belajar mengaji dengan guru).
<< 14 >>
١٤- ختم قراءتك على أواخر السور أكمل وأفضل من ختمها على أواخر الأجزاء .
14. Menamatkan bacaan engkau di penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz.
-ابن عمر إذا شرع في سورة لا يقف حتى يختمها .
Ibn 'Umar dahulu, jika mula membaca pada suatu surah, dia tidak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskan surah itu.
<< 15 >>
١٥-لا يشغلنك قطع الأجزاء عن التدبر ومما يساعدك عليه تكرار الآية مرتين وثلاث وعشر حتى يلين لها قلبك ،
15. Jangan engkau sibukkan fokus untuk menghabiskan juz-juz, daripada yang sepatutnya, iaitu fokus kepada tadabbur. Antara usaha yang membantu engkau tadabbur ialah dengan mengulang-ulang bacaan suatu ayat sama ada 2 kali, 3 kali hatta 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.
تقبل الله منا ومنك .
Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
Alhamdulillah.Tk.lnfo yg memberi motivasi utk lebeh rajin membaca al quran.
ReplyDelete