Teguran Si Badwi




KETEPATAN KALAM ALLAH 

Ibn al-Jawzi menukilkan riwayat dari al-Asma'ie (w.215H), bahawa beliau menyebutkan satu kisah berkaitan ayat ini, di mana Allah subhaanu wa ta'ala berfirman:

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ 

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, 

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا 

Maka (hukumannya) potonglah tangan mereka 

جَزَاءً بِمَا كَسَبَا 

sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, 

نَكَالًا مِّنَ اللَّهِ ۗ 

(juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. 

وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[al-Maidah(5):38] #BSS

Kata al-Asma'ie, 

قَرَأَتُ هَذِهِ الْآيَةَ، وَإِلَى جَنْبِي أَعْرَابِيٌّ

Aku baca ayat ini dan di sisiku ada seorang arab badwi,

فَقُلْتُ: وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ، سَهْوًا، 

Aku terbaca 'وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ', tersilap kerana lupa,

فَقَالَ الْأَعْرَابِيُّ: كَلَامُ مَنْ هَذَا؟ 

Lalu, orang badwi tadi berkata: Kata-kata siapakah ini?

قُلْتُ: كَلَامُ اللَّهِ . 

Aku katakan: Ini kalam Allah

قَالَ: أَعِدْ 

Dia berkata lagi: Ulang semula

فَأَعَدْتُ: وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ ، 

Lalu aku ulang (keseluruhan ayat) sehingga 'وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ'

فَقَالَ: لَيْسَ هَذَا كَلَامَ اللَّهِ ، 

Lalu katanya: Ini bukan kalam Allah. 

فَتَنَبَّهْتُ ، فَقُلْتُ: وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ . 

Lalu, aku pun periksa semula (di mushaf dan nampak kesilapan yang berlaku), lalu aku baca semula (keseluruhan ayat) sehingga: وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

فَقَالَ: أَصَبْتَ، هَذَا كَلَامُ اللَّهِ . 

Lalu dia menyebutkan: (Kali ini) Engkau betul, ini kalam Allah. 

فَقُلْتُ لَهُ: أَتَقْرَأُ الْقُرْآنَ؟ 

Lalu aku tanyakan kepadanya: Engkau boleh baca al-Quran? 

قَالَ: لَا . 

Dia menjawab: Tak

قُلْتُ: فَمِنْ أَيْنَ عَلِمْتَ أَنِّي أَخْطَأْتُ؟ 

Aku tanyakan lagi: Dari mana engkau tahu yang aku tersilap? 

فَقَالَ: يَا هَذَا عَزَّ فَحَكَمَ فَقَطَعَ ، وَلَوْ غَفَرَ وَرَحِمَ لَمَا قَطَعَ .

Lalu dia berkata: Ayat ini padanya Allah menunjukkan kekuasaan dan hukuman, maka ianya kena. Kalau disebut Allah mengampunkan dan mengasihani, ia tak kena. 

[Zaad al-Masiir fi 'Ilm at-Tafsir] #BSS

BroSyarief kongsikan beberapa manfaat dari kisah pendek ini: 

01 Setiap insan tak lepas dari silap dan salah, dari para Nabi, para Ulama, apa lagi kita. Itu adalah normal. 

Yang pelik, adalah apabila dikatakan ada orang yang tak pernah buat salah dan disebutkan mustahil pula mereka tersilap. #BSS

02 Terimalah teguran kerana isi teguran itu benar dan bermanfaat, bukan kerana siapa dan apa kedudukan orang yang menegur, walaupun yang menegur adalah orang yang kelihatan lekeh dan tak dikenal. 

03 Kalam Allah itu tepat pada setiap huruf, perkataan, ayat dan segala susunannya merupakan mukjizat yang kekal dari dahulu sehingga ke hari kiamat. #BSS

04 Rendah diri dan berlemah lembutlah dalam urusan sesama manusia, kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan tersilap dan bila masanya kebenaran bukan di pihak kita, untuk kita telan dan terima walaupun dari pihak yang kita benci atau dari pihak yang tak dikenali. 

walLaahu a'lam 

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئا
#BroSyariefShares

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

Jangan Singgung Perasaan Fakir Miskin

Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726