BILA TIMBUL MASALAH, SIAPAKAH YANG BERSALAH?
Allah merakamkan satu kisah benar yang berlaku kepada Nabi Musa 'alaihis salam, apabila dia telah meningkat dewasa,
وَدَخَلَ الْمَدِينَةَ عَلَىٰ حِينِ غَفْلَةٍ مِّنْ أَهْلِهَا
Beliau (Nabi Musa 'alaihis Salam) masuk ke kota ketika semua penduduknya dalam keadaan sedang sibuk (tak menyedarinya)
فَوَجَدَ فِيهَا رَجُلَيْنِ يَقْتَتِلَانِ
Lalu dia mendapati terdapat dua orang sedang berkelahi,
هَٰذَا مِن شِيعَتِهِ وَهَٰذَا مِنْ عَدُوِّهِ
Salah seorang merupakan dari bangsanya (yakni Bani Israel) adapun yang seorang lagi dari (bangsa) musuhnya. #BSS
فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ عَلَى الَّذِي مِنْ عَدُوِّهِ
Lalu, orang yang sebangsa dengannya meminta bantuannya untuk berhadapan dengan orang yang berasal dari bangsa musuhnya,
فَوَكَزَهُ مُوسَىٰ فَقَضَىٰ عَلَيْهِ
Nabi Musa 'alaihis Salam lalu menumbuknya (untuk menghalangnya), lantas (tanpa disengajakan, kematian) telah ditetapkan ke atasnya (lelaki yang ditumbuk itu mati)..
[al-Qasas(28):15] #BSS
Rekod-rekod dari al-Quran, Hadits dan sirah menunjukkan yang Nabi Musa memiliki karakter mudah berang dan memiliki kekuatan yang luar biasa.
Dan dia telah melakukan sesuatu yang tidak akan dapat dianggap remeh, malah ianya melibatkan nyawa seorang manusia. Seseorang telah terbunuh di tangannya. Ianya satu kesalahan.
Lihat apa yang Musa 'alaihis Salam katakan selepas melakukan hal itu..
قَالَ هَٰذَا مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ عَدُوٌّ مُّضِلٌّ مُّبِينٌ
Musa berkata: Ini adalah dari perbuatan syaitan. Sungguh, dia merupakan musuh penyesat yang nyata.
[al-Qasas(28):15] #BSS
Dah buat salah, salahkan Syaitan?
Benar, ini tidak dapat dinafikan. Syaitan adalah punca segala kejahatan dan pengingkaran.
Tidak ada satupun keburukan dan kejahatan yang berlaku, pasti Syaitan terlibat sebagai puncanya.
Namun, benarkah Nabi Musa 'alaihis Salam meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Syaitan lalu menganggap dirinya tidak bersalah dalam hal ini.
Lihat ayat seterusnya, Allah merakamkan sambungan kata-kata Nabi Musa 'alaihis Salam,
قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
Katanya: Tuhanku, aku telah menzalimi diriku sendiri. Ampunilah aku.
[Al-Qasas(28):16] #BSS
Ternyata, walaupun jari dituding terhadap musuh yang sebenar, lagi utama, ia tak menjadikan Nabi Musa 'alaihis Salam bertindak angkuh, berlagak seolah-olah dirinya tak bersalah.
Malah, dia turut merasa bertanggungjawab di atas perbuatannya dan mengakui kesilapannya dengan ungkapan di atas.
Lalu, terus memohon kemaafan dari tuhannya. Dan apa bukti kepada benarnya rasa bersalah beliau dan permohonan maafnya?
Allah subhanahu wa ta'ala menyebutkan,
فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Maka, tuhannya pun mengampuninya. Sungguh, Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.
[Al-Qasas(28):16] #BSS
Perkara yang sama juga telah berlaku kepada bapa kita, Adam 'alaihis Salam. Ketika telah diberi peringatan untuk tidak mendekati pohon larangan.
Lalu Iblis membisikkan perasaan was-was, menyebabkan Adam dan isterinya melanggar peraturan yang Allah tetapkan.
Siapakah sebenarnya pesalah?
Pastinya Iblis.
Dia yang menghasut. Dia yang dengki. Dia yang bersalah.
Tapi apa respon Adam sebaik sahaja tertangkap melakukan kesalahan tersebut,
Allah 'azza wa jalla berfirman,
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا
Mereka berdua berkata: Tuhan kami, kami telah menzalimi diri-diri kami.
وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
Seandainya engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami,
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Sungguh, pasti kami akan betul-betul menjadi dari kalangan orang-orang yang rugi.
[Al-A'raf(7):23] #BSS
Mereka adalah manusia terpilih oleh Allah. Mereka adalah Nabi utusanNya. Mereka dijamin dengan keampunan dan syurgaNya.
Mereka telah berbuat salah. Yang punca sebenarnya adalah syaitan.
Namun, itu tidak menghalang mereka dari mengiktiraf bahawa mereka juga menyumbang kepada kesilapan itu. #BSS
Ia tidak menghalang mereka dari bertanggungjawab dan memohon keampunan walaupun kesalahan utama bukan pada mereka.
Demikian hakikat kita juga sebagai manusia, kita sering cuba melarikan diri dari bertanggungjawab terhadap pelbagai kerosakan yang berlaku dalam kehidupan kita. #BSS
Dari sekecil-kecil urusan dalam keluarga, sehingga sebesar-besar urusan pemerintahan dan sebagainya, kita lebih cepat menuding jari kepada orang lain apabila berlaku sebarang permasalahan.
Menganggap diri sempurna. Merasakan tiada cacat cela. Melihat apa yang berlaku sebagai tiada kaitan dengan dirinya.
Itu adalah tanggungjawab dia. Itu adalah tanggungjawab mereka. Ia bukan tanggungjawab aku.
Sedangkan itu bukan yang ditunjukkan sebagai contoh dari tuhan.
Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini, kita mempunyai bahagian sumbangan kita darinya.
Di saat semua orang melarikan diri dari bertanggungjawab, Allah akan menjadi kita berjaya kerana menongkah arus, menggalas tanggungjawab. #BSS
Sungguh, demikian sikap Mukmin yang sebenar yang diajarkan oleh al-Quran.
#BroSyariefShares
Comments
Post a Comment