Q&A : KETURUNAN AHLUL BAYT SENDIRI MEMAKAI NAMA 'UMAR, AISYAH & ABU BAKR radhiyalLaahu 'anhum ajma'in
إذا سمعت شخصاً يلعن عمر، فقل له : أي عمر تقصد ؟ أهوَ : عمر بن علي بن ابي طالب ؟ أم عمر بن الحسن بن علي ؟ أم عمر بن الحسين بن علي ؟ أم عمر بن علي زين العابدين بن الحسين ؟ أو عمر بن موسى الكاظم ؟ فحدد أيَّ عمر تقصد ؟
Apabila engkau mendengar seseorang melaknat 'Umar, tanyakan kepadanya:
'Umar yang mana engkau maksudkan?
Adakah dia 'Umar ibn 'Ali ibn Abu Talib? atau 'Umar ibn al-Hasan ibn 'Ali? atau 'Umar ibn al-Husayn ibn 'Ali? atau 'Umar ibn 'Ali ibn Zainal 'Abidin ibn al-Husayn? atau 'Umar ibn Musa al-Kazim?
Tentukan 'Umar yang mana engkau maksudkan?
وإذا سمعت أحدهم يهتف عائشة في النار ** عائشة في النار فاسأله : أي عائشة تقصد ؟ أهيَ عائشة بنت جعفر الصادق ؟ أم عائشة بنت موسى الكاظم ؟ أم عائشة بنت علي الرضا ؟ أو عائشة بنت علي الهادي ؟ فحدد أيَّ عائشة تقصد ؟
Apabila engkau mendengar salah seorang dari mereka melaung-laungkan 'Aisyah masuk neraka.. 'Aisyah masuk neraka, tanyakan kepadanya:
'Aisyah mana yang engkau maksudkan?
Adakah dia 'Aisyah bint Ja'far as-Sodiq? atau 'Aisyah bint Musa al-Kazim? atau 'Aisyah bint 'Ali ar-Ridha? atau 'Aisyah bint 'Ali al-Hadi?
Tentukan 'Aisyah yang mana engkau maksudkan?
وإذا سمعت شخصاً يسب أبا بكر و ينعته بـ ( الزنديق ) فقل له : من هو الشخص المقصود بهذه الصفة ؟ أهوَ : أبو بكر بن علي بن أبي طالب ؟ أم أبو بكر بن الحسن بن علي ؟ أم أبو بكر بن الحسين بن علي ؟ أو أبو بكر بن موسى الكاظم ؟ فحدد أيَّ أبا بكر تقصد ؟
Apabila engkau mendengar seseorang mencela Abu Bakr dan menuduhnya Zindiq, tanyakan kepadanya:
Siapa orang yang dimaksudkan sedemikian sifatnya?
Adakah dia Abu Bakr ibn 'Ali ibn Abi Talib? atau Abu Bakr ibn al-Hasan ibn 'Ali? atau Abu Bakr ibn al-Husayn ibn 'Ali? atau Abu Bakr ibn Musa al-Kazim?
Tentukan Abu Bakr yang mana engkau maksudkan?
السؤال:
Soalan:
هل هذه السلالة من آل البيت صحيحة ؟
Adakah nama-nama keturunan ini benar dari Ahlul Bayt?
الجواب :
Jawapan:
الحمد لله
alHamdu lilLah.
أولاً:
نعم ؛ كلُّ هذه السلالة من آل البيت صحيحة ؛ كما يُعلَم بمراجعة كتب التراجم والسِّيَر والتواريخ.
بل أكثر هذه السلالة مُثبَت في كتب الشِّيعة أنفسهم :
Pertama: Benar, senarai keturunan itu adalah benar dari Ahli Bayt, seperti yang diketahui dari rujukan-rujukan kitab Biografi, Sirah dan Sejarah. Malah majoriti nama keturunan tersebut juga tertulis dalam kitab-kitab Syiah. (Boleh lihat senarai rujukan di bawah.)
فيُنظَر في اسم أبي بكر رضي الله عنه: " الإرشاد للمفيد " (ص 186 - 248)، و" بحار الأنوار" للمجلسي (42/120) ، و "عمدة الطالب في أنساب آل أبي طالب " لابن عنبة (ص 107).
ويُنظَر في اسم عمر رضي الله عنه : " بحار الأنوار " (42/120)، و " تاريخ اليعقوبي " (2/213).
ويُنظَر في اسم عائشة رضي الله عنها: " الأنوار النعمانية " لنعمة الله الجزائري (1/380)، و " الإرشاد " (ص 334)، و "تواريخ النبي والآل " للتستري (ص 128).
ولمزيد من التفصيل والتوسُّع يمكن مراجعة الكتب الآتية:
1- " الشجرة الزكيَّة في الأنساب وسيرة آل بيت النبوة " للواء الركن السيد يوسف الليل، طبعة مكتبة التوبة بالرياض.
2-" الأسماء والمصاهرات بين أهل البيت والصحابة " لأبي معاذ السيد بن أحمد بن إبراهيم، طبعة مبرة الآل والأصحاب بالكويت .
ثانياً :
تسمية هؤلاء الأسمة من آل البيت أولادهم بأسماء أبي بكر وعمر وعائشة يدل على محبتهم لمن يحمل هذه الأسماء ،
Kedua: Penamaan menggunakan nama-nama tersebut di kalangan keluarga Aali-alBayt, kepada anak-anak mereka dengan nama Abu Bakr, 'Umar dan 'Aisyah menunjukkan kasih dan sayang mereka kepada yang memiliki nama-nama tersebut.
فهو دليل على كذب الشيعة الروافض في دعواهم عداء الصحابة الكرام رضي الله عنهم لآل البيت ،
Maka ia adalah bukti pembohongan Syi'ah Rafidhah pada dakwaan permusuhan mereka (Abu Bakr, 'Umar dan 'Aisyah) terhadap keluarga 'Aali-alBayt.
فإن الإنسان لا يسمي ولده باسم أعدائه ، وإنما يسميه باسم من يحبه ، ويحب أن يسمع اسمه يتردد في بيته ، ويرجو أن يكون ولده مثل صاحب هذا الاسم .
Sedangkan insan tak akan memberikan nama anaknya dengan nama musuhnya. Dia malah menamakan anaknya dengan nama orang yang dia cintai, dan dia suka untuk mendengar nama itu berulang kali disebutkan di rumahnya, dan dia mengharapkan agar anaknya itu menjadi seperti pemilik asal nama tersebut.
وهذا هو الذي نعتقده في حال هؤلاء الصحابة الكرام رضي الله عهنهم ، وهو الحق ،
Inilah keyakinan yang kita berpegang dengannya berkaitan mereka, para sahabat yang mula, radhiyalLaahu 'anhum; dan ianya adalah hakikat kebenaran.
أن هؤلاء الصحابة كأبي بكر وعمر وعائشة وسائر أمهات المؤمنين رضي الله عنهم أجمعين
Bahawa para sahabat seperti Abu Bakr, 'Umar, 'Aisyah dan seluruh ibu-ibu orang-orang yang beriman, radhiyalLaahu 'anhum ajma'in..
كانوا يحبون آل بيت النبي صلى الله عليه وسلم وينزلونهم منزلتهم اللائقة بهم ،
Mereka semuanya mencintai ahli keluarga Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam dan menghormati mereka pada kedudukan yang selayaknya bagi mereka.
وأن آل البيت كانوا أيضا يحبون هؤلاء الصحابة الكرام ويحفظون لهم حقهم وحرمتهم أيضا .
Begitu juga para Aali-alBayt juga mencintai para sahabat yang mulia dan mereka turut memelihara hak-hak dan kehormatan mereka.
walLaahu a'lam.
Terjemahan oleh BroSyarief
Disalin dari http://islamqa.info/ar/212040
#BroSyariefShares

Comments
Post a Comment