KEAJAIBAN JUMAAT
Terjemahan oleh: BroSyarief
Anas bin Malik radhiyalLahu ‘anhu meriwayatkan: Aku pernah mendengar dari Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, katanya:
أَتَانِي جِبْرِيلُ وَفِي كَفِّهِ كَالْمِرْآةِ الْبَيْضَاءِ يَحْمِلُهَا فِيهَا كَالنُّكْتَةِ السَّوْدَاءِ
Jibril mendatangiku. Di tangannya ada sesuatu seolah-olah kaca yang putih. Di dalam kaca itu, ada sesuatu seperti titik hitam.
فَقُلْتُ : مَا هَذِهِ الَّتِي فِي يَدِكَ يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ : هَذِهِ الْجُمُعَةُ
Akupun bertanya: Apakah ini yang berada di tanganmu, wahai Jibril?
Jibril menjawab: Inilah Jumaat.
قُلْتُ : وَمَا الْجُمُعَةُ ؟ قَالَ : لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ
Akupun bertanya lagi: Apa itu Jumaat?
Jibril menjawab: Padanya kebaikan untuk kalian.
قُلْتُ : وَمَا يَكُونُ لَنَا فِيهَا ؟ قَالَ : تَكُونُ عِيدًا لَكَ وَلِقَوْمِكَ مِنْ بَعْدِكَ ، وَيَكُونُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى تَبَعًا لَكُمْ
Aku bertanya: Apa yang ada untuk kami pada Jumaat?
Dia menjawab: Ia menjadi hari raya bagimu dan umatmu selepas pemergianmu,
dan Yahudi dan Nasrani mengikutimu (dengan merayakan hari Sabtu & Ahad).
وَمَا لَنَا فِيهَا ؟ ، قَالَ : لَكُمْ فِيهَا سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ فِيهَا شَيْئًا مِنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ هُوَ لَهُ قَسْمٌ إلَّا أَعْطَاهُ إيَّاهُ
Aku tanyakan lagi: Apa lagi yang kami peroleh padanya?
Jibril membalas: Bagi kalian, ada satu tempoh waktu istimewa, yang tidaklah seorang hamba menepati waktu itu,
lalu meminta kepada Allah sesuatupun dari bahagian dunia dan akhirat, yang merupakan bahagiannya,
kecuali pasti akan diberikan kepadanya.
أَوْ لَيْسَ لَهُ بِقَسْمٍ إلَّا ادَّخَرَ لَهُ عِنْدَهُ مَا هُوَ أَفْضَلُ مِنْهُ
Atau jika ia bukan bahagiannya, Allah akan simpankan untuknya, di sisiNya, apa yang lebih dari apa yang dimintanya.
أَوْ يَتَعَوَّذُ بِهِ مِنْ شَرٍّ هُوَ عَلَيْهِ مَكْتُوبٌ إلَّا صَرَفَ عَنْهُ مِنَ الْبَلَاءِ مَا هُوَ أَعْظَمُ مِنْهُ
Atau jika dia memohon perlindungan dari keburukan ke atasnya yang telah tertulis,
Allah akan palingkan darinya bala yang lebih besar dari keburukan itu.
قَالَ : قُلْتُ لَهُ : وَمَا هَذِهِ النُّكْتَةُ فِيهَا ، قَالَ : هِيَ السَّاعَةُ وَهِيَ تَقُومُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَهُوَ عِنْدَنَا سَيِّدُ الْأَيَّامِ الَّتِي اخْتَارَهَا، وَنَحْنُ نَدْعُوهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَوْمَ الْمَزِيدِ ،
Aku pun menyambung pertanyaan: Apakah titik ini pula?
Jibril menjawab: Ia adalah as-Sa'ah yang akan berlaku pada Jumaat.
Ia di sisi kami, adalah pemimpin bagi hari-hari yang lain, yang telah terpilih,
dan kami memanggilnya hari Kiamat dan ‘Yaum-ulMazid’.
قَالَ: قُلْتُ : مِمَّ ذَاكَ ؟ ، قَالَ: لِأَنَّ رَبَّكَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى اتَّخَذَ فِي الْجَنَّةِ وَادِيًا مِنْ مِسْكٍ أَبْيَضَ
Akupun bertanya: Dari mana datangnya nama itu?
Jibrilpun menceritakan: Sesungguhnya tuhanmu tabaraka wa ta’ala telah menjadikan satu lembah minyak wangi putih di syurga.
فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْجُمُعَةِ هَبَطَ مِنْ عِلِّيِّينَ عَلَى كُرْسِيِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى
Apabila tiba hari Jumaat, Allah subhaanahu wa ta'ala turun dari ‘iliyyin ke atas kerusiNya.
ثُمَّ حُفَّ الْكُرْسِيُّ بِمَنَابِرَ مِنْ ذَهَبٍ مُكَلَّلَةٍ بِالْجَوَاهِرِ ،
Kemudian, dijadikan di sekeliling kerusi itu, minbar-minbar diperbuat dari emas, bertatahkan intan permata.
ثُمَّ يَجِيءُ النَّبِيُّونَ حَتَّى يَجْلِسُوا عَلَيْهَا وَيَنْزِلُ أَهْلُ الْغُرَفِ حَتَّى يَجْلِسُوا عَلَى ذَلِكَ الْكَثِيبِ ،
Kemudian tiba para Nabi duduk di atas minbar-minbar itu,
dan tiba pula ahli-ahli syurga sehingga mereka duduk di atas bukit pasir di situ.
ثُمَّ يَتَجَلَّى لَهُمْ رَبُّهُمْ تَبَارَكَ وَتَعَالَى
Lalu tuhan mereka muncul di hadapan mereka, tabaraka wa ta’ala.
ثُمَّ يَقُولُ : سَلُونِي أُعْطِكُمْ ، قَالَ : فَيَسْأَلُونَهُ الرِّضَا
Lalu Dia berkata: Mintalah kepadaku, akan kuberikan. Jibril berkata: Mereka pun meminta redha-Nya.
فَيَقُولُ : رِضَائِي أُحِلُّكُمْ دَارِي وَأُنِيلُكُمْ كَرَامَتِي فَسَلُونِي أُعْطِكُمْ ، قَالَ : فَيَسْأَلُونَهُ الرِّضَا ،
Allah pun menjawab: RedhaKu adalah pada Aku menghalalkan bagi kalian rumahKu dan aku capaikan bagi kalian kemulianKu.
Mintalah lagi, akan aku berikan. Jibril berkata: Mereka meminta kepadaNya Redha.
قَالَ : فَيُشْهِدُهُمْ أَنَّهُ قَدْ رَضِيَ عَنْهُمْ ،
Jibril berkata: Maka Allah mempersaksikan bahawa Dia redha kepada mereka.
قَالَ : فَيُفْتَحُ لَهُمْ مَا لَمْ تَرَ عَيْنٌ ، وَلَمْ تَسْمَعْ أُذُنٌ ، وَلَمْ يَخْطُرْ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ ،
Maka dibuka bagi mereka apa yang tak pernah terlihat oleh mata, tak terdengarkan oleh telinga dan tak pernah terlintas di dalam hati seorang manusia pun.
قَالَ : وَذَلِكُمْ مِقْدَارُ انْصِرَافِكُمْ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ ،
Jibril berkata: Dan semua itu berlaku selama seharian kalian di hari Jumaat.
قَالَ : ثُمَّ يَرْتَفِعُ وَيَرْتَفِعُ مَعَهُ النَّبِيُّونَ وَالصِّدِّيقُونَ وَالشُّهَدَاءُ ،
Kemudian Allah pun bangkit, dan bangkit bersamanya para Nabi, para Siddiq dan para Syuhada.
وَيَرْجِعُ أَهْلُ الْغُرَفِ إلَى غُرَفِهِمْ وَهِيَ دُرَّةٌ بَيْضَاءُ لَيْسَ فِيهَا فَصْمٌ وَلَا قَصْمٌ ، أَوْ دُرَّةٌ حَمْرَاءُ ،
Dan kembalilah ahli syurga ke bilik-bilik mereka yang bagaikan mutiara putih yang tidak mudah retak dan tidak rapuh, atau bagaikan mutiara merah,
أَوْ زَبَرْجَدَةٌ خَضْرَاءُ فِيهَا غُرَفُهَا ، وَأَبْوَابُهَا مُطَرَّزَةٌ ، وَفِيهَا أَنْهَارُهَا وَثِمَارُهَا مُتَدَلِّيَةٌ
Atau bagaikan zamrud hijau yang di dalamnya bilik-bilik mereka, dan pintu-pintunya bersulam indah,
dan di dalamnya terdapat sungai-sungai dan buah-buahan yang banyak bergantungan.
قَالَ : فَلَيْسُوا إلَى شَيْءٍ أَحْوَجَ مِنْهُمْ إلَى يَوْمِ الْجُمُعَةِ لِيَزْدَادُوا إلَى رَبِّهِمْ نَظَرًا ، وَلِيَزْدَادُوا مِنْهُ كَرَامَةً
Jibril menyambung: Sehingga tidaklah mereka merasa sangat memerlukan kepada sesuatu lebih dari penantian mereka kepada hari Jumaat,
supaya mereka dapat terus melihat tuhan mereka dan dapat terus menambahkan kemuliaan.
[HR Ibn Abi Syaibah di dalam Musonnaf, asy-Syafie di dalam al-Musnad, at-Thabrani di dalam al-Ausath dan banyak lagi. al-Albani: Hasan]
#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Comments
Post a Comment