Mencari CintaNya


KISAH HEBAT BAGAIMANA MENGENAL CINTA ALLAH?

عن "السري رحمه الله تعالى قال:

as-Sari (w.243H) rahimahullah menceritakan:

دخلت سوق النخاسين، فرأيت جارية ينادى عليها بالبراءة من العيوب فاشتريتها بعشرة دنانير ، 

Aku masuk ke pasar al-Nakhasin, lalu aku melihat seorang hamba perempuan, dikatakan bahawa dia tak memiliki sebarang ‘aib, lalu akupun membelinya dengan harga 10 dinar,

فلما انصرفت بها -أي إلى المنزل- عرضت عليها الطعام، فقالت لي : إني صائمة ..

Apabila akupun berlalu bersamanya (pulang ke rumah), aku hulurkan kepadanya makanan. Lalu dia katakan kepadaku: Aku berpuasa. 

قال : فخرجت , فلما كان العشاء أتيتها بطعام فأكلت منه قليلاً،

Dia pun keluar (menyambung tugasannya). Apabila tiba waktu malam, aku bawakan makanan untuknya dan dia pun makan sedikit sahaj darinya. 

 ثم صلينا العشاء فجاءت إليّ

Kemudian, kami solat ‘Isya dan dia pun mendatangiku

وقالت : يا مولاي، بقيت لك خدمة؟

Dan dia bertanya: Wahai tuan, adakah berbaki kerja untukku?

قلت : لا .. 

Aku katakan: Tidak

قالت : دعني إذاً مع مولاي الأكبر

Diapun berkata: Kalau begitu, mohon tinggalkan aku dengan Tuanku yang Maha Besar

قلت : لك ذلك 

Aku menjawab: Silakan

فانصرفت إلى غرفة تصلي فيها ، ورقدت أنا ، فلما مضى من الليل الثلث ضربت الباب عليّ..

Diapun kembali ke biliknya dan solat di dalamnya. Akupun tertidur. Apabila sepertiga malam telah berlalu, dia ketuk pintu bilikku.

فقلت لها : ماذا تريدين؟

Aku tanyakan kepadanya: Apa yang engkau mahu?

قالت : يا مولاي أما لك حظ من الليل؟

Dia katakan: Wahai tuan, tidakkah bagimu bahagian dari malam ini (untuk qiam)?

قلت : لا فذهبت، فلما مضى النصف منه ضربت علي الباب وقالت : 

Aku katakan: Tidak. 

Dia pun pergi. Apabila berlalu separuh malam, dia ketuk pintuku lagi dan berkata:

يا مولاي ، قام المتهجدون إلى وردهم وشمر الصالحون إلى حظهم

Wahai tuanku, telah bangun orang-orang yang bertahajjud, melakukan wirid mereka, dan telah bangkit orang-orang soleh kepada bahagian keuntungan mereka.

قلت : يا جارية أنا بالليل خشبة ( أي جثة هامدة ) وبالنهار جلبة ( كثير السعي) … 

Aku katakan: Wahai Jaariyah, aku pada waktu malam sangat keletihan dan waktu pagi banyak berjalan. 

فلما بقي من الليل الثلث الأخير : ضربت علي الباب ضرباً عنيفاً.. 

Apabila berbaki sepertiga akhir malam, dia ketuk pintu bilikku dengan keras. 

وقالت : أما دعاك الشوق إلى مناجاة الملك ، قدم لنفسك وخذ مكاناً فقد سبقك الخُدام

Lalu berkata: Tidak mahukah engkau pergi bermunajat kepada sang Raja, bangunlah untuk dirimu, dan ambillah tempat (untuk bertahajjud), telah mendahuluimu hambamu.

قال السري : فهاج مني كلامها وقمت فأسبغت الوضوء وركعت ركعات 

al-Sari menyebut: Kata-katanya menyentakku. Akupun bangun dan mengambil wudhu, kemudian solat beberapa raka’at. 

، ثم تحسست هذه الجارية في ظلمة الليل فوجدتها ساجدة وهي تقول : " الهي بحبك لي إلا غفرت لي “

Kemudian aku tercari-cari dia di tengah kegelapan malam. Lalu aku mendapatinya sedang sujud dan menyebut: Tuhan, dengan cintaMu buatku, ampunilah aku!

 فقلت لها : يا جارية.. ومن أين علمت أنه يحبك؟

Akupun bertanya kepadanya: Wahai Jaariyah, dari mana engkau mengetahui bahawa Dia mencintaimu?

قالت :لولا محبته ما أقامني وأنامك 

Dia menjawab: Kalau bukan kerana cintaNya, tidaklah dia membangunkan aku dan menidurkan engkau.

فقلت: اذهبي فأنت حرة لوجه الله العظيم

Akupun mengatakan: Pergilah engkau. Sungguh engkau kini merdeka, kerana mengharapkan wajah Allah yang Maha Mulia. 

فدعت ثم خرجت وهي تقول : هذا العتق الأصغر بقي العتق الأكبر" (أي من النار)

Diapun berdoa dan kemudian keluar sambil mengatakan: Ini adalah pembebasan kecil. Yang tinggal adalah pembebasan besar (dari api neraka).

حزنت عندما قرأت قول ابن عثيمين رحمه الله :(إذا رأيت نفسك متكاسلآ عن الطاعه، فأحذر أن يكون الله قد كره طاعتك

Aku (penulis) merasa sangat sedih ketika membaca pesanan Syaikh Ibn ‘Utsaimin rahimahullah: Jika engkau melihat dirimu MALAS melaksanakan ketaatan, berhati-hatilah dari Allah membenci engkau melakukan ketaatan. 

قال تعالى في سورة التوبة "كره الله انبعاثهم فثبطهم.."

Allah menyebutkan di dalam surah at-Taubah, “Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, lalu Allah lemahkan semangat mereka..” [at-Taubah(9):46]

[as-Solah wat Tahajjud libn al-Kharrat]

#BroSyariefShares

Comments