Hikmah Terindah



KEPUASAN YANG HAKIKI

سئل الطنطاوي رحمه الله عن أجمل حكمة قرأها في حياته 

Ditanya kepada al-Tantawi rahimahulLah tentang kalimah paling indah pernah dibaca dalam hidupnya. 

فقال : لقد قرأت لأكثر من سبعين عاما، فما وجدت حكمة أجمل من تلك التي رواها ابن الجوزي رحمه الله :

Dia pun menjawab: Aku telah membaca lebih dari 70 tahun, dan aku tak pernah menemukan nukilan hikmah yang lebih indah dari apa yang diriwayatkan Ibn alJawzi rahimahullah, 

إن مشقة الطاعة تذهب ويبقى ثوابها .

"Sesungguhnya kesulitan melaksanakan ketaatan akan hilang dan yang kekal tinggal adalah ganjarannya, 

وإن لذة المعاصي تذهب ويبقى عقابها.

Dan kelazatan maksiat juga akan hilang dan yang kekal tinggal adalah balasan hukumannya."

كُن مع الله ولا تُبالي، ومُدّ يديك إليه في ظُلُمات اللّيالي، 

Sentiasalah bersama Allah dan jangan engkau pedulikan (kesulitannya), dan hulurkan tanganmu berdoa kepadanya di kegelapan malam-malam.

وقُل: يا رب ما طابت الدّنيا إلاّ بذكرك، ولا الآخرة إلاّ بعفوك، ولا الجنّة إلاّ برُؤيتك...

Dan katakanlah: "Wahai tuhan, tidaklah dunia itu memuaskan kecuali dengan mengingatiMu, dan begitu juga tidak akhirat itu memuaskan kecuali dengan keampunanMy, dan tidak juga syurga itu memuaskan kecuali dengan melihatMu"

صافح وسامح ودع الخلق للخالق فنحن وهم راحلون، 

Layanilah, maafkanlah dan tinggalkanlah kesibukan makhluq kerana fokus kepada alKhaliq, sungguh kita dan mereka sama-sama pengembara

افعل الخير مهما استصغرته ، فإنك لا تدري أي حسنة تدخلك الجنة.

Berbuatlah kebaikan walau engkau memandangnya kecil, kerana engkau tidak akan pernah tahu kebaikan yang manakah akan memasukkanmu ke dalam syurga. 

Teks arab disalin dari FB Dr Maszlee Malik. Terjemahan oleh BroSyarief.

#BroSyariefShares

Comments