NIAT JE, TAPI DAPAT PAHALA PENUH!?
Dr Abdul 'Aziz at-Torifi berkongsi (di Twitter beliau twitter.com/abdulaziztarefe ):
أجر ناوي الخير كأجر عامله
"Ganjaran bagi seseorang yang meniatkan kebaikan bagaikan ganjaran melakukannya.
قال ﷺ (ما من عبد يحدث نفسه بقيام ساعة من الليل فينام عنها إلا كان نومه صدقة تصدق الله بها عليه وكتب له أجر مانوى)
Pesan Nabi ﷺ: 'Tidaklah seorang hamba yang brhasrat untuk qiyam pada malam hari, lalu dia terlajak tidur; kecuali tidurnya itu adalah sedekah dari Allah untuknya dan ditulis untuknya ganjaran amal sebagaimana dia niatkan.' [HR Ibn Hibban: Sahih]"
Kata Syaikh al-'Utsaimin:
فمثلاً: إذا كان الإنسان من عادته أن يصلي مع الجماعة في المسجد، ولكنه حبسه حابس، كنوم أو مرض، أو ما أشبهه فإنه يكتب له أجر المصلي مع الجماعة تماماً من غير نقص.
Contohnya: Apabila seorang insan dari kebiasannya untuk solat berjemaah di masjid, tetapi dia terhalang, kerana tertidur atau sakit, atau yang serupa dengan itu, maka ia akan ditulis baginya ganjaran orang yang solat berjemaah dengan kadar sempurna tanpa dikurangkan.
وكذلك إذا كان من عادته أن يصلي تطوعاً، ولكنه منعه منه مانع، ولم يتمكن منه؛ فإنه يكتب له أجره كاملاً، فإنه يكتب له الأجر كاملاً.وغيره من الأمثلة الكثيرة.
Begitu juga apabila dari kebiasaannya melakukan solat sunat, tetapi dia terhalang, dan dia tak berupaya melakukannya, maka ia akan ditulis baginya ganjarannya penuh. Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.
أما إذا كان ليس من عادته أن يفعله؛ فإنه يكتب له أجر النية فقط، دون أجر العمل.
Adapun jika ia bukan dari kebiasaannya melakukannya, maka ia akan ditulis baginya ganjaran niat sahaja, tanpa ganjaran amal.
[Syarh Riyadhus Solihin]
#RamadhanMubarakDay14
#BroSyariefShares
#HalaqahILMU

Comments
Post a Comment