SOALAN:
هل رؤية الله في الجنة خاصة بالمؤمنين الذين لا يعذبون في النار ؟
Adalah peluang melihat Allah di syurga khusus untuk orang beriman yang tidak diazab di neraka?
أم هي عامة لكل أهل الجنة ، وكذلك المسلمين العصاة ؟
Atau ianya umum bagi semua ahli syurga, termasuk orang muslim yang ingkar?
أرجو منكم التفصيل مع الأدلة.
Aku pohon pendetilan dengan dalil-dalil.
JAWAPAN:
الحمد لله
Segala pujian bagi Allah.
النظر إلى وجه الله ثابت للمؤمنين كلهم من غير تفريق بين عاصيهم ومطيعهم ومن يعذب منهم ومن لا يعذب ، وذلك لعموم الأدلة من الكتاب والسنة
Peluang melihat wajah Allah adalah tsabit bagi orang-orang beriman kesemuanya tanpa pembezaan antara yang ingkar dengan yang taat, dan yang diazab dengan yang tak diazab; dan itu kerana umumnya dalil-dalil dari al-Kitab dan as-Sunnah.
فمن الكتاب قوله تعالى : (وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ) القيامة/22-25 .
Adapun dari al-Kitab, firmanNya ta’ala (yang bermaksud), "Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya-lah mereka melihat. Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram, mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.”
[al-Qiyamah(75):22-25]
فالناضرة وجوه المؤمنين , والباسرة وجوه الكافرين ,
Adapun yang berseri-seri (al-Nadhirah) itu adalah wajah-wajah orang yang beriman, dan yang muram (al-Basirah) itu pula wajah-wajah orang yang kufur.
وقد قال الله تعالى عن الكافرين : ( كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ) المطففين/15 .
Allah ta’ala juga berfirman tentang orang-orang kafir, "Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhijab dari Tuhan mereka.”
[al-Muthoffifin(83):15]
ومن السنة قوله صلى الله عليه وسلم : ( إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لَا تُضَامُّونَ فِي رُؤْيَتِهِ ْ ) رواه البخاري (521) ومسلم (1002) .
Dari dalil as-Sunnah adalah sabda baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, “Sungguh kalian akan melihat tuhan kalian seperti mana kalian melihat bulan ini, kalian tidak akan bersesak-sesak ketika melihatNya..”
[HR al-Bukhari & Muslim]
وهذا خطاب لجميع المؤمنين .
Dan ucapan ini merujuk kepada semua orang beriman.
ونص العلماء على رؤية المؤمنين لربهم من غير تفريق بين مطيعهم وعاصيهم ، ومعذبهم وناجيهم ,
Para ‘Ulama juga telah menyebutkan bahawa penglihatan orang-orang beriman terhadap tuhan mereka, tanpa membezakan di antara mereka yang taat dengan yang ingkar, yang diazab dengan yang selamat.
ومن ذلك قول ابن بطة في "الإبانة" (2/1) : "باب الإيمان بأن المؤمنين يرون ربهم يوم القيامة بأبصار رؤوسهم فيكلمهم ويكلمونه لا حائل بينه وبينهم ولا ترجمان .اعلموا رحمكم الله أن أهل الجنة يرون ربهم يوم القيامة ..." انتهى .
Dan di antara yang menyebutkan sedemikian ialah Ibn Battah di dalam al-Ibanah, “Bab meyakini bahawa orang-orang beriman melihat tuhan mereka di hari kiamat dengan mata kepala mereka sendiri. Allah akan berkata-kata kepada mereka dan mereka akan berkata-kata kepadaNya, tanpa ada halangan di antara Allah dan mereka, malah tidak ada penterjemah.
وقال الشيخ محمد بن صالح العثيمين رحمه الله تعالى في "لقاء الباب المفتوح" : "الناس يوم القيامة على ثلاثة أقسام: كفار خُلَّص، ومؤمنون خُلَّص ، ومنافقون .
Dan asy-Syaikh Muhammad ibn Soleh al-‘Utsaimin rahimahulLah ta’ala menyebutkan di dalam ‘Liqa al-Bab al-Maftuh’, “Manusia pada hari kiamat ada 3 kategori: Orang-orang yang benar-benar kafir, orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang munafiq.."
أما الكفار الخلص فإنهم لا يرون الله أبداً ، لقول الله تعالى : ( كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ) المطففين/15 .
Adapun orang-orang yang benar-benar kafir, maka mereka tidak akan melihat Allah selama-lamanya, berdalilkan firmanNya, "Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhijab dari Tuhan mereka.”
[al-Muthoffifin(83):15]
وأما المؤمنون الخلص فيرون الله عز وجل يوم القيامة وفي الجنة؛ لقول الله تعالى: (وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ * إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ) القيامة/22-23 .
Adapun orang-orang yang benar-benar beriman, maka mereka akan melihat Allah di hari kiamat dan di syurga, berdalilkan firmanNya, "Wajah-wajah pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya-lah mereka melihat.”
[al-Qiyamah(75):22-23]
وأما المنافقون فإنهم يرون الله في عرصات القيامة ولا يرونه بعد ذلك، وهذا أشد حسرةً عليهم.. أن يستمتعوا بالنظر إلى الله عز وجل، ثم بعد ذلك يحجبون عنه.
Adapun orang-orang munafiq, mereka melihat Allah di dataran hari kiamat dan mereka tidak melihatNya sesudah itu, dan ini kesakitan terberat ke atas mereka, untuk dapat melihat Allah, kemudiannya terhijab dari melihatNya.
فهذه أقسام الناس يوم القيامة بالنسبة للنظر إلى الرب عز وجل،
Dan kategori-kategori manusia ini di hari kiamat berdasarkan kepada peluang melihat tuhan ‘azza wa jall.
أسأل الله أن يجعلنا وإياكم ممن يرون ربهم في عرصات القيامة وبعد دخول الجنة" انتهى .
Aku memohon kepada Allah agar menjadikan kami dan anda semua di kalangan mereka yang melihat Allah di dataran hari kiamat dan selepas memasuki syurga” #Ameen
والخلاصة : أن هذه النصوص من كتاب الله وسنة رسوله , وما نقل عن السلف والخلف من أهل السنة تفيد أن المؤمنين كلهم سيرون ربهم .
Kesimpulannya, nas-nas ini adalah dari kitab Allah dan sunnah RasulNya, dan apa yang dinukilkan dari para Salaf dan Khalaf di kalangan ahli as-Sunnah menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman kesemuanya akan melihat tuhan mereka.
والله أعلم
Dan Allah lebih mengetahui.
Diterjemah dari http://islamqa.info/ar/116644
#BroSyariefShares

Comments
Post a Comment