#NotaTadabburBSS Firman-Nya, فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَیَقُولُ رَبِّیۤ أَكۡرَمَنِ وَأَمَّاۤ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَیۡهِ رِزۡقَهُۥ فَیَقُولُ رَبِّیۤ أَهَـٰنَنِ "Insan itu.. ..apabila Tuhannya mengujinya dengan mengurniakan kemuliaan dan memberi nikmat kepadanya, lalu dia katakan: Tuhanku memuliakan aku!. Namun, apabila Tuhannya mengujinya dengan menyempitkan rezekinya, dia pula menyebut: Tuhanku menghinaku!." [al-Fajr(89):15-16] #BSS Ibn Katsir (w.774H) menyebutkan, يقول تعالى منكرا على الإنسان في اعتقاده إذا وسع الله عليه في الرزق ليختبره في ذلك ، فيعتقد أن ذلك من الله إكرام له وليس كذلك ، بل هو ابتلاء وامتحان . "Allah swt menyebutkan ayat ini mengingkari orang yang berkeyakinan sekiranya Allah lapangkan rezeki sebagai ujian untuknya, dia malah menganggap Allah memuliakannya. Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian, ia sebenarnya bala dan ujian (dari Tuhan)." #BSS كما قال تعال...
#NotaTerjemahanBSS 'Aiz ibn 'Amr meriwayatkan sebuah peristiwa di mana, أَبَا سُفْيَانَ أَتَى عَلَى سَلْمَانَ وَصُهَيْبٍ وَبِلَالٍ فِي نَفَرٍ "Abu Sufyan melewati Salman, Suhayb dan Bilal (selepas termeterainya perjanjian Hudaibiyah, lama sebelum Abu Sufyan memeluk Islam)," فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا أَخَذَتْ سُيُوفُ اللَّهِ مِنْ عُنُقِ عَدُوِّ اللَّهِ مَأْخَذَهَا "Lalu mereka berkata (dengan nada sindiran), 'Demi Allah, nampaknya pedang-pedang Allah belum selesai menetak tengkuk musuh-musuh Allah!'" قَالَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَتَقُولُونَ هَذَا لِشَيْخِ قُرَيْشٍ وَسَيِّدِهِمْ "Abu Bakr menegur mereka, 'Kalian menyebutkan ini kepada tokoh dan tuan bangsa Quraisy?' (kerana bimbang Abu Sufyan semakin membenci Islam)" فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ "Lalu beliau menemui Nabi saw dan memberitahunya (tentang apa yang berlaku)," فَقَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ لَعَلَّكَ أَغْ...
#NotaTerjemahanBSS as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhad...
Comments
Post a Comment