Hayati pesanan ‘Abdullan ibn ‘Umar radhiyalLaahu ‘anhuma, katanya:
لَقَدْ عِشْنَا بُرْهَةً مِنْ دَهْرٍ وَأَحَدُنَا يَرَى الْإِيمَانَ قَبْلَ الْقُرْآنِ
Sungguh kami telah hidup sebentar sahaja dari masa yang ada, dan setiap kami mengenal Iman sebelum al-Quran,
وَتَنْزِلُ السُّورَةُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَتَعَلَّمُ حَلَالَهَا وَحَرَامَهَا، وَأَمْرَهَا وَزَاجِرَهَا، وَمَا يَنْبَغِي أَنْ نُوقَفَ عِنْدَهُ مِنْهَا، كَمَا تَعَلَّمُونَ أَنْتُمُ الْيَوْمَ الْقُرْآنَ
Dan turun satu surah kepada Muhammad sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, maka kamipun mempelajari halalnya dan haramnya, arahannya dan larangannya, dan apa yang kami perlu renungkan daripadanya, sebagaimana kalian belajar hari ini dari al-Quran,
ثُمَّ لَقَدْ رَأَيْتُ الْيَوْمَ رِجَالًا يُؤْتَى أَحَدُهُمُ الْقُرْآنَ قَبْلَ الْإِيمَانِ، فَيَقْرَأُ مَا بَيْنَ فَاتِحَتِهِ إِلَى خَاتِمَتِهِ
Kemudian, aku melihat hari ini, orang-orang, yang diberikan kepada setiap mereka, al-Quran sebelum Iman, maka diapun membaca apa yang di antara pembukaan sehingga penutupnya..
وَلَا يَدْرِي مَا أَمْرُهُ وَلَا زَاجِرُهُ، وَلَا مَا يَنْبَغِي أَنْ يَقِفَ عِنْدَهُ مِنْهُ وَيَنْثُرُهُ نَثْرَ الدَّقْلِ
Tetapi dia tidak mengetahui apa arahannya dan larangannya, dan tidak juga apa yang perlu untuk direnungkan daripadanya, dia sekadar menghamburkannya seperti hamburan hampas tak berguna.
[HR atThobrani di dalam al-Awsath. al-Hakim: Sahih, disepakati oleh az-Zahabi]
al-Hasan al-Basri pula menyebutkan:
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ قَدْ قَرَأَهُ عَبِيدٌ وَصِبْيَانٌ لا عِلْمَ لَهُمْ بِتَأْوِيلِهِ وَلَمْ يَتَأَوَّلُوا الأمْرَ مِنْ قِبَلِ أَوَّلِهِ
Sesungguhnya al-Quran ini di baca oleh para hamba dan kanak-kanak, di mana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang maknanya, dan tidaklah mereka mampu mengubah keadaan itu sejak dari permulaan.
وَقَالَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ سورة ص آية 29 ،
Dan Allah subhaanahu wa ta’ala berfirman (yang maksudnya), "al-Quran merupakan sebuah kitab yang kami turunkan ia kepadamu, dalam keadaan ianya diberkati, supaya mereka mentadabburi ayat-ayatnya.." [Shad(38):29]
وَمَا تَدَبُّرُ آيَاتِهِ إِلا اتِّبَاعُهُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ
Dan tidaklah dikatakan tadabbur ayat-ayat al-Quran itu kecuali dengan mengikuti ajarannya dan Allah maha mengetahui.
أَمَا وَاللَّهِ مَا هُوَ بِحِفْظِ حُرُوفِهِ وَإِضَاعَةِ حُدُودِهِ
Demi Allah, tidaklah tadabbur itu dengan menghafal huruf-hurufnya, lalu mengabaikan aturannya,
حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيَقُولُ قَرَأْتُ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فَمَا أُسْقِطَ مِنْهُ حَرْفًا
Sehingga salah seorang dari mereka menyebut, ‘Aku telah membaca seluruh al-Quran dan tidak gugur darinya satu hurufpun!'
وَقَدْ وَاللَّهِ أَسْقَطَهُ كُلَّهُ مَا تَرَى الْقُرْآنَ لَهُ مِنْ خُلُقٍ وَلا عَمَلٍ
Tetapi sebenarnya, demi Allah, dia telah menggugurkan keseluruhan al-Quran. Tidak engkau lihat al-Quran memberi kesan padanya, tidak pada akhlak dan tidak pada amal.
حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيَقُولُ : إِنِّي لأَقْرَأُ السُّورَةَ فِي نَفَسٍ وَاحِدٍ ،
Sehinggalah salah seorang dari mereka mengatakan, ‘Aku boleh membaca surah hanya dengan satu nafas!'
وَاللَّهِ مَا هَؤُلاءِ بِالْقُرَّاءِ وَلا الْحُكَمَاءِ وَلا الْوَرَعَةِ ،
Demi Allah, bukanlah mereka ini para pembaca al-Quran, bukan juga para ahli Hikmah, dan bukan ahli Wara’!
مَتَى كَانَتِ الْقُرَّاءُ تَقُولُ مِثْلَ هَذَا؟
Sejak bilakah ahli al-Quran berbicara sedemikian rupa?
لا أَكْثَرَ اللَّهُ فِي النَّاسِ مِنْ هَؤُلاءِ
Semoga Allah tidak meramaikan di kalangan manusia, orang-orang seperti mereka ini!
[Akhlaq Hamalatil Quran, oleh al-Ajurri]
#BroSyariefShares

Comments
Post a Comment