Muhasabah masa kita, 24 Jam = 1440 minit, Apa yang kita buat?
PESANAN KEPADA SESIAPA YANG HILANG KEBERKATAN MASA DALAM HIDUPNYA.
Telah berkata seorang ulama Salaf:
كلما زاد حزبي من القرآن، زادت البركة في وقتي
Setiap kali bertambah hizib bacaan al-Quranku, aku merasakan bertambah keberkatan pada waktuku.
ولا زلت أزيد حتى بلغ حزبي عشرة أجزاء
Aku terus menambah bacaan al-Quranku, sehinggalah hizibku bertambah menjadi sepuluh juzu'.
Ibrahim bin 'Abdul Wahid al-Maqdisi rahimahullah telah berpesan kepada ad-Dhiya' al-Maqdisi rahimahullah apabila beliau mahu pergi menuntut ilmu :
أكثر من قراءة القرآن ولا تتركه
Perbanyakkanlah bacaan al-Quran dan janganlah kamu meninggalkannya.
فإنه يتيسر لك الذي تطلبه على قدر ما تقرأ
Sesungguhnya apa yang kamu tuntut itu akan dipermudahkan mengikut kadar bacaan al-Quranmu.
Telah berkata al-Dhiya' rahimahullah :
فرأيت ذلك وجربته كثيراً
Aku telah menyaksikan perkara yang demikian dan aku telah merasakannya banyak kali.
فكنت إذا قرأت كثيراً تيسر لي من سماع الحديث وكتابته الكثير
Apabila aku banyak membaca al-Quran, aku dipermudahkan untuk banyak mendengar hadith dan menulisnya.
وإذا لم أقرأ لم يتيسر لي
Apabila aku tidak membaca al-Quran, aku tidak dipermudahkan untuk berbuat demikian.
Sumber : ذيل طبقات الحنابلة لابن رجب الحنبلي رحمه الله
INFO :
■ 1 al-Quran = 30 Juzu'
■ 1 Juz = 2 Hizb
■ 1 Hizb = 4 Maqra' (pecahan 1/4 hizb, 1/2 hizb, 3/4 hizb dan 1 hizb penuh)
■ 1 Juz = 2 Hizb
■ 1 Hizb = 4 Maqra' (pecahan 1/4 hizb, 1/2 hizb, 3/4 hizb dan 1 hizb penuh)
"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa membaca dan berusaha memahami Kitab-Mu."
Comments
Post a Comment