#NotaTerjemahanBSS | Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

Image
as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhadap kita. Sekiranya ti...

UAH - Sekilas Rumus al-Quran Juz 3




JUZ 3

Surah Aal-`Imran (Keluarga `Imran) merupakan pasangan surah Al-Baqarah dalam dua surah yang disebut “Az-Zahraawan”. Sebahagian kandungan surah Al-Baqarah memperihalkan kaum Nabi Musa di mana sikap yang terpamer pada sebahagian mereka itu adalah bertentangan dengan kepatuhan iaitu keingkaran. Para ilmuwan mengisyaratkan bahawa keingkaran adalah sebab yang meletakkan sesuatu kaum di kalangan yang ditimpa kemurkaan ke atas mereka. Manakala sebahagian kandungan surah Aal-`Imran memperihalkan berkenaaan kaum Nabi Isa di mana sikap yang terpamer di kalangan sebahagian mereka itu adalah rosaknya kelurusan dan keteguhan dalam kepatuhan akibat kekeliruan dan kesesatan. Umat Nabi Muhammad yang membawa deen ini hendaklah memohon agar dimasukkan ke dalam golongan yang Allah kurniakan nikmat besar ke atas mereka (deen di atas jalan yang mustaqim iaitu lurus), bukan golongan yang ditimpakan kemurkaan ke atas mereka dan bukan golongan yang sesat kekeliruan. Ad-Dhollun (golongan yang sesat) diperihalkan juga di dalam surah Aal-`Imran.


Memerhatikan ayat-ayat di dalam surah ini menunjukkan pengertian berkenaan keteguhan di atas kepatuhan dengan dua perkara: menguatkan kesabaran dan tidak mengulangi tindakan mengelirukan yang dilakukan oleh sebahagian golongan yang seakan-akan patuh di kalangan umat zaman keturunan baginda Israel. Surah Aal-`Imran ini bermula dengan penegasan tauhid dan pernyataan tentang petunjuk yang jelas yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad supaya mereka teguh di atas kepatuhan tanpa kekeliruan. Permulaannya memperihalkan petunjuk-petunjuk Al-Quran dan pencirian golongan yang kukuh di dalam ilmu yang memahami petunjuk-petunjuk tersebut dan berupaya menjelaskan kekeliruan.

Sebahagian kekeliruan umat terdahulu itu dialami oleh mereka yang membaca di kalangan umat tersebut. Kita melihat di dalam surah Aal-`Imran ini beberapa ayat yang menyentuh tentang ahli kitab dan peri keadaan-keadaan mereka dalam ilmu dan penghujahan, serta pelajaran berbicara dan berdialog dengan kalangan berpengetahuan tersebut untuk membetulkan kekeliruan dalam kepatuhan. 

Sesungguhnya ucapan persaksian (syahadah) umat Nabi Muhammad juga mengisyaratkan tentang kejujuran dan ikhlas dalam kepatuhan kepada Allah dan petunjuk yang jelas dalam kepatuhan iaitu risalah Nabi Muhammad.

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

لماذا ترتفع أصواتنا عند الغضب؟

Nama Siapa atau Isi Ceritanya Apa?