UAH - Sekilas Rumus al-Quran Juz 2


JUZ 2

Setelah membicarakan tentang jalan kebenaran, penciptaan asal dan seluruh manusia, keadaan-keadaan umat terdahulu tersebut (umat zaman keturunan baginda Israel), kita melihat di dalam bahagian kedua beberapa pedoman dalam syariat umat ini dan penciriannya bermula dengan penentuan kiblat, pencirian umat wasatiyyah dan seimbang dalam syariat, kerajinan dan kesungguhan di jalan Allah, pemakanan halal dan baik, penyampaian kebaikan dalam masyarakat dan golongan-golongan yang memerlukan, hukum pembalasan jenayah, persoalan wasiat, puasa Ramadhan, persoalan harta, pengiraan tempoh yang berkait ibadah, membalas serangan yang zalim, penunaian Haji dan umrah, pematuhan syariat Islam sepenuhnya, arak dan perjudian, anak-anak yatim, persoalan wanita, nikah dan perceraian, hinggalah penceritaan tentang umat baginda Israel semula, bagaimana dalam bersyariat mereka menuntut bentuk tatakelola yang dipimpin oleh raja. Namun sebahagian daripada mereka tetap tidak mahu mematuhi syariat setelah diberikan oleh Allah apa yang mereka minta.

Umat pengganti iaitu umat baginda Nabi Muhammad ini adalah penerus kebaikan umat-umat terdahulu dan mereka diceritakan tentang rasul-rasul dan umat terdahulu itu supaya mereka mengambil iktibar dari perihal keadaan-keadaan umat tesebut berkaitan dengan deen. Umat yang membawa syariah ini hendaklah mengambil pelajaran tentang kepatuhan dan menjauhi kesalahan-kesalahan umat terdahulu. Kepatuhan bermula dengan pengakuan iman yang pasaknya tentulah berada di dalam diri. Pada ayat 284 surah Al-Baqarah, Allah menyatakan tentang pengetahuanNya berkenaan apa yang ada di dalam diri-diri manusia. Seterusnya dua ayat terakhir surah Al-Baqarah yang diangkat kelebihannya di dalam hadis Nabi pula menyatakan tentang pengakuan iman RasululLah dan golongan beriman serta kepatuhan mereka adalah terhadap apa yang dituntut yang sememangnya tepat dengan keupayaan mereka. Jika mereka merasa berbeza dengan tuntutan pelaksanaan, hendaklah mereka mempersembahkan pengakuan dengan doa-doa yang menyentuh tentang tanggungan dan kesilapan, dan hendaklah mereka memohon bantuan dalam menghadapi golongan yang kufur terhadap Allah.

Alangkah besar dan indahnya makna syariah dan bagaimana pelajaran tentangnya dalam sejarah bagi mereka yang meneliti surah Al-Baqarah.

Disalin dari 
http://on.fb.me/1qHU9OR

Comments