Soal Jawab Puasa 040

"الصيام .. سؤال وجواب"

"PUASA.. SOAL DAN JAWAB"
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
المبحث الرابع : من فضائل الصوم وشهر رمضان

Kajian 04 : Di Antara Kelebihan-kelebihan Puasa dan Bulan Ramadhan
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

| QnA 040 |

#Soalan# 



ما فضائل شهر رمضان على وجه الإيجاز؟


Secara ringkas, apa kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan?



#Jawapan#

...........

١. عن أبي هريرة: أَنَّ رسول اللَّهِ قال


1. Dari Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu: RasululLaah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

من صامَ رمضان إِيمانًا واحتسابًا غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ منْ ذَنْبه، ومنْ قام ليلة القَدْر إيمانًا واحْتسابًا غُفِرَ لهُ ما تقدَّم من ذَنْبِهِ

"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan beriman kepadaNya dan pengharapan (hanya) kepadaNya. Akan diampunkan baginya dosa-dosa (kecil) dari apa yang telah berlalu dan yang akan datang"

رواه مسلم

[ HR Muslim ]
...........
٢. عن أبي هريرة: عن رسول اللَّه قال

2. Dari Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu: RasululLaah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

 إِذا كانَتْ أَوَّلُ ليلةٍ مِنْ رمضانَ صُفِّدَتْ الشياطِينُ ومَرَدَةُ الجنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، فَلَمْ يُفْتَحْ منْهَا بَابٌ، وَفُتحَتْ أَبْوَابُ الجنَّةِ فلم يُغْلَقْ منْهَا بابٌ

"Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, diikat para syaitan, dan dibelenggu para jin (yang jahat), dan ditutup pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satupun pintu daripadanya, dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup satupun pintu daripadanya.

ونادى مُناد يا باغِيَ الخيرِ أقبل، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وذلك في كُلِّ لَيْلَةٍ

Dan malaikat pun memanggil: 'Wahai pemburu kebaikan, datanglah.. dan Wahai para pencari kejahatan, berhentilah.' Dan Allah memiliki mereka yang terlepas dari api neraka dan ia berlaku pada setiap malam (di bulan Ramadhan)"

رواه ابن ماجه

[ HR Ibn Majah. Ibn Hajar: Hasan ]
...........
٣. عن أبي هريرة: أن النبي: رقى المنبر، فقال: آمين، آمين، آمين 


3. Dari Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu menyatakan bahawa Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam sedang menaiki minbar sambil berkata: "Ameen. Ameen. Ameen.".

قيل له: يا رسول الله، ما كنت تصنع هذا؟


Ditanyakan kepadanya: "Wahai RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam, apa yang sedang kau lakukan?".


فقال : قال لي جبريل: رغِم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة. قلت: آمين.


Maka Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam pun berkata: "Jibril 'alaihis salam berkata kepadaku: 'Sungguh rugi bagi seorang hamba yang mempunyai kedua orang tua atau salah satu darinya, tapi tidak memasukkannya ke dalam syurga'. Aku pun menjawab: 'Ameen'.


ثم قال جبريل: رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له. فقلت: آمين.

Kemudian Jibril 'alaihis salam berkata: 'Sungguh rugi bagi seorang hamba yang mendapati Ramadhan, tetapi tidak mendapat keampunan untuk dirinya'. Aku pun menjawab: 'Ameen'.


ثم قال جبريل: رغم أنف امرئ ذُكرت عنده فلم يصلّ عليك. فقلت: آمين


Kemudian jibril 'alaihis salam mengatakan: 'Sungguh rugi bagi seseorang yang disebut namaku padanya tetapi dia tak berselawat kepadaku'. Dan aku menjawab: 'Ameen'.


 رواه الترمذي


[ HR at-Tirmizi ]

...........



Bersambung. walLaahu a'lam.


( Diterjemah dari buku kecil Soal Jawab Puasa yang ditulis oleh Dr Rasyid Saad al-Ulaimi dan boleh dimuat turun dari http://saaid.net/book/15/7199.pdf ) 

Comments