"الصيام .. سؤال وجواب"
"PUASA.. SOAL DAN JAWAB"
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
المبحث الرابع : من فضائل الصوم وشهر رمضان
Kajian 04 : Di Antara Kelebihan-kelebihan Puasa dan Bulan Ramadhan
"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
| QnA 039 |
#Soalan#
ما فضائل الصيام عموما؟
Apakah kelebihan-kelebihan puasa secara umum?
#Jawapan#
١. عن أبي سعيد الخُدْرِيِّ قال: سمعتُ النبي يقول:
1. Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyalLaahu 'anhu menyatakan bahawa: Aku mendengar Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
من صامَ يومًا في سبيل اللَّه بَعَّدَ اللَّهُ وجهه عن النَّار سبعين خريفا
"Sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah akan jauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim"
رواه البخاري
[ HR al-Bukhari ]
٢. عن أبي هريرة أن رسول الله قال: قال ربكم تبارك وتعالى
2. Dari Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu berkata bahawa RasululLaah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda: Tuhan kalian telah berkata:
كلُّ العمل كفارةٌ، إلا الصوم فإنه لي، وأنا أَجزي به
"Setiap amalan adalah sebuah kaffarah, kecuali Puasa, kerana ia adalah untukKu, dan Aku sendiri yang akan membalasnya."
رواه أحمد
[ HR Ahmad. Ibn Hajar : Sahih ]
كلُّ العمل كفارةٌ، إلا الصوم فإنه لي، وأنا أَجزي به
"Setiap amalan adalah sebuah kaffarah, kecuali Puasa, kerana ia adalah untukKu, dan Aku sendiri yang akan membalasnya."
رواه أحمد
[ HR Ahmad. Ibn Hajar : Sahih ]
٣. عن أبي هريرة أن رسول الله قال
3. Dari Abu Hurayrah radhiyalLaahu 'anhu berkata bahawa RasululLaah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
كلُّ عملِ ابن آدم يضاعف، الحسنةُ عشرُ أمثالها إلى سبعمائة ضعف. قال الله عزَّ وجلَّ: إلا الصوم فإنه لي، وأنا أَجزي به
"Setiap amalan anak Adam itu berganda. Satu kebaikan itu (dilipat-gandakan sehingga) 10 kali ganda yang serupa dengannya, (dan boleh dilipat-kali ganda) sehingga 700 kali ganda. Allah berkata: Kecuali Puasa, ia adalah untukKu, dan aku sendiri yang akan membalasnya'" رواه مسلم
[ HR Muslim ]
كلُّ عملِ ابن آدم يضاعف، الحسنةُ عشرُ أمثالها إلى سبعمائة ضعف. قال الله عزَّ وجلَّ: إلا الصوم فإنه لي، وأنا أَجزي به
"Setiap amalan anak Adam itu berganda. Satu kebaikan itu (dilipat-gandakan sehingga) 10 kali ganda yang serupa dengannya, (dan boleh dilipat-kali ganda) sehingga 700 kali ganda. Allah berkata: Kecuali Puasa, ia adalah untukKu, dan aku sendiri yang akan membalasnya'" رواه مسلم
[ HR Muslim ]
٤. عن حُذيفة بن اليمان قال: سمعتُ النبي يقول: .
4. Dari Huzayfah ibn al-Yaman radhiyalLaahu 'anhu berkata: Aku mendengar Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
فتنةُ الرجل في أهله وماله وجاره تُكفِّرها الصلاةُ والصيام والصدقة
"Fitnah (Ujian maksiat) bagi seseorang itu terdapat pada keluarganya, hartanya dan jiran tetangganya. (Namun) Akan menghapusnya (adalah) solat, puasa dan sedekar.
متفق عليه
[ HR al-Bukhari & Muslim ]
٥. عن عبد الله بن عمرو أن رسول الله قال
5. Dari Abdullah bin 'Amr radhiyalLaahu 'anhu berkata: RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة
"Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafa’at kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti.
يقول الصيام: أيْ ربِّ منعتُه الطعامَ والشهواتِ بالنهار فشفِّعني فيه
Puasa akan berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalangnya dari makan dan syahwat. Oleh itu, izinkan aku untuk memberikan syafa’at kepadanya’.
ويقول القرآن: منعتُه النوم بالليل، فشفِّعني فيه
Dan al-Quran pula berkata, 'Saya telah menghalangnya dari tidur di malam hari. Maka, izinkan aku untuk memberi syafa’at kepadanya.'
فيُشفَّعان
(Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:) Maka syafa’at keduanya diperkenankan."
رواه أحمد
[ HR Ahmad. Ahmad Syaakir: Sahih ]
٦. عن أبي أمامة قال: أتيتُ رسول الله فقلت
6. Dari Abu Umamah radhiyalLaahu 'anhu berkata: Aku mendatangi RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam dan aku bertanya:
مُرني بعملٍ يُدخلني الجنة؟ قال : عليك بالصوم، فإنه لا عِدْل له.
"Perintahkan aku dengan amalan yang akan memasukkan aku ke dalam syurga". Baginda sallalLaahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Berpuasalah, kerana ia tiada tandingannya".
ثم أتيته الثانية فقال لي: عليك بالصيام
Kemudian aku datangi baginda sallalLaahu 'alaihi wa sallam kali ke-2, baginda sallalLaahu 'alaihi wa sallam berkata kepadaku: "Berpuasalah!"
رواه أحمد والنَّسائي وغيره
[ HR Ahmad dan an-Nasaie, dan selainnya. al-Albani: Sahih ].
وفي لفظٍ: عليك بالصوم فإنه لا مِثلَ له .
Dan di dalam lafaz yang lain: "Berpuasalah. Sesungguhnya ia tidak ada yang serupa dengannya".
رواه ابن حِبَّان والنَّسائي
[ HR Ibn Hibban & an-Nasaie. al-Albani: Sahih ]
Bersambung. walLaahu a'lam.
( Diterjemah dari buku kecil Soal Jawab Puasa yang ditulis oleh Dr Rasyid Saad al-Ulaimi dan boleh dimuat turun dari http://saaid.net/book/15/7199.pdf )

Comments
Post a Comment