MUKA SURAT AL-QURAN HILANG?
Tersebar semula kisah-kisah salinan lama bercerita akan halaman quran yang hilang dari cetakan, dan berkembang biak riwayatnya tanpa dikenal pasti benarkah ia.
Apapun. Asasnya. Jangan risau. Allah dah janji.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguh kami telah turunkan az-Zikr dan sesungguhnya kami akan memeliharanya"
[ al-Isra' (15) : 9 ]
Imam alQurtubi rahimahulLah di tafsirnya menyebutkan:
الذِّكْرَ يَعْنِي الْقُرْآنَ
Az-Zikra merujuk kepada Al-Quran.
وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ مِنْ أَنْ يُزَادَ فِيهِ أَوْ يُنْقَصَ مِنْهُ
'Dan sesungguhnya kami akan memeliharanya' dari ditambah padanya atau dikurangkan daripadanya.
قَالَ قَتَادَةُ وَثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ : حَفِظَهُ اللَّهُ مِنْ أَنْ تَزِيدَ فِيهِ الشَّيَاطِينُ بَاطِلًا أَوْ تَنْقُصَ مِنْهُ حَقًّا ; فَتَوَلَّى سُبْحَانَهُ حِفْظَهُ فَلَمْ يَزَلْ مَحْفُوظًا
Qatadah dan Tsaabit alBunaani berkata: Allah akan memelihara alQuran dari ditambah padanya oleh Syaitan-syaitan atau dikurangkan daripadanya secara pasti, dan Allah subhanahu wa ta'ala sendiri yang memeliharanya dan (alQuran itu) terus kekal terpelihara.
[ al-Jaami' li Ahkami al-Quran ]
Ini janji Allah terhadap al-Quran. Ia akan terpelihara. Tersilap cetak macam mana sekalipun. Ia tak akan hilang. Yang betul tetap akan kita temui. Ia akan tetap lebih banyak dari yang tersilap atas kekurangan-kekurangan kita sebagai manusia.
Ini mukjizat yang kekal pada al-Quran. Seandainya satu masa satu dunia tiada cetakan al-Quran, Allah masih pelihara ia di dalam dada-dada para huffaz.
Sebab tu ayat di atas sangat penting untuk kita jadikan pedoman. Bila Allah dah bagi peluang al-Quran dipelihara, jangan tunggu dicabut nyawa, baru nak mempelajarinya.
Jangan dirisau muka surat alQuran hilang pada helaian kertas.
Risaukan alQuran hilang dari hati kita, dari hidup kita.
BS210514GOMBAK
KESALAHAN CETAKAN ALQURAN TANDA KIAMAT? 😱😱😱
(Baca sampai habis dulu k..)
Dr Zaharuddin kongsikan di www.bit.ly/jagaquran tentang terdapatnya kesalahan dalam salah satu cetakan alQuran keluaran tempatan.
Dia sebutkan: "Saya dimaklumkan penerbit telah membetulkan tapi sebahagian pembeli mungkin masih tidak sedar."
BroSyarief nak kongsikan:
Untuk produk apapun, biasanya kalau dah ada aduan kerosakan dibuat, semua produk yang dah ada di pasaran akan ditarik semula. Tapi, boleh jadi ada yang dah terbeli dan tak perasan, jadi peringatan sebegini sebaiknya dibuat.
Ni bukan tanda kiamat besar, ini tanda lemahnya manusia yang dengan mudah boleh tersilap pada proses pembuatan dan percetakan.
Macam mana nak tahu al-Quran kita betul ke tak? Tak ada salah cetak?
Dengan mengaji la. Buka. Baca. Hafal. Miliki lebih dari sekadar satu mushaf. Download dua tiga atau lebih app quran. Belajar tafsir. Dan macam-macam lagi. Tinggal rajin ke tak je.
Pergi simpan al-Quran kat dalam almari sampai berhabuk. Salah cetak semua muka surat pun tak ada guna. Kalau hilang muka surat pun, tak ada manfaat, tak ada mudarat.
Apapun, jangan risau. al-Quran tak akan rosak atau hilang, sebab Allah dah janji untuk pelihara al-Quran, itu kita tak perlu risau.
Tak caya, baca kat sini www.bit.ly/msquran BroSyarief dah membebel pasal ni masa kes muka surat Quran hilang hari tu.
Yang sepatutnya kita risau adalah hilangnya al-Quran dari jiwa kita, sebagai panduan hidup kita kerana tidak melaksanakan hak-haknya.
Ramadhan semakin hampir. Cuba nilai apa keutamaan yang kita pilih untuk lakukan dalam beberapa hari yang berbaki sebagai persiapan menghadapi Ramadhan.
Apa hak-hak al-Quran yang perlu kita penuhi? Baca di http://alkahfi.com.my/hak-hak-al-quran/
BS160614GOMBAK


Comments
Post a Comment