Soal Jawab Puasa 001-003


"الصيام .. سؤال وجواب"

"PUASA.. SOAL DAN JAWAB"

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
المبحث الأول : معلومات عامة عن الصيام

Kajian 01 : Maklumat Umum Tentang Puasa

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""
...........
| QnA 001 |

#Soalan#


هل كان الصيام مشروعا للأمم قبلنا؟



Adakah puasa dahulunya disyariatkan untuk umat-umat sebelum kita?

#Jawapan#
نعم دليل ذلك قوله تعالى: يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ( البقرة : 183 )



 Ya. Dalil untuk itu adalah kata Allah ta'ala: "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditetapkan ke atas kalian, berpuasa, sepertimana ia telah ditetapkan ke atas mereka yang sebelum kalian. Agar kalian meraih taqwa." [ al-Baqarah (2) : 183 ]

...........
| QnA 002 |




#Soalan#



يُقال أن صيام رمضان لم يكن واجبا على الناس؟



Dikatakan bahawa puasa Ramadan asalnya tidak wajib ke atas manusia, (betul ke)?


#Jawapan#

نعم، كان الواجب ابتداء صيام عاشوراء, ثم بعد ذلك فُرض صيام رمضان.



Ya. Asalnya yang wajib bermula dengan puasa 'Asyura. Kemudian selepas itu (barulah) difardhukan puasa (di bulan) Ramadhan.

............
| QnA 003 |

#Soalan#

كيف بدأ الأمر بصيام رمضان؟



#Soalan# Bagaimana bermulanya tuntutan berpuasa Ramadhan?

#Jawapan#

لما أنزل الله عزَّ وجلَّ: { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ } إلى هذه الآية: { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ } كان مَن شاء صام، ومن شاء أطعم مسكيناً، فأجزأ ذلك عنه.



Apabila Allah wahyukan ayat (yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu" sehingga ke ayat "Dan wajib bagi orang-orang yang tak berdaya melaksanakannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin." Adalah (pada waktu itu), bagi siapa yang ingin berpuasa, maka mereka berpuasa, dan bagi siapa yang ingin (berbuka, tidak berpuasa) beri makan kepada orang miskin. Maka, Allah akan ganjari mereka dengan itu.

ثم جاء قوله عزَّ وجلَّ: { شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ.. } إلى قوله تعالى: { ..فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ.. } فأثبت الله صيامه على المقيم الصحيح، ورخَّص فيه للمريض والمسافر، وثبَّت الإِطعام للكبير الذي لا يستطيع الصيام. رواه ابوداود.



Kemudian Allah berkata: (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran" sehingga ayat "Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu". Maka, Allah telah mewajibkan puasa bagi orang-orang yang menetap dan Allah berikan keringanan untuk orang sakit dan musafir, dan menetapkan boleh untuk makan bagi orang tua yang tak berdaya untuk berpuasa. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud. 
............
Bersambung. walLaahu a'lam. 

( Diterjemah dari buku kecil Soal Jawab Puasa yang ditulis oleh Dr Rasyid Saad al-Ulaimi dan boleh dimuat turun dari http://saaid.net/book/15/7199.pdf )

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

Jangan Singgung Perasaan Fakir Miskin

Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726