Alkisah..
A: Jom kita pergi kuliah Hadits 40 dengan ustaz fulan..
B: Hm.. asyik hadits 40 je.. Kenapa tak Syarah Sahih Bukhari atau Muslim ke?
(A buat muka )
A: Aku nak tanya ko berapa jumlah hadits dalam hadits 40?
B: Dah nama hadits 40.. ada 40 la..
A: Ada 42 hadits la bodo.. #bengang
(B pergi buat muka bodo sambil ambil buku Hadits 40 dan tengok indeks.. lepas tu pandang A sambil tersengih..)
B: Hm.. asyik hadits 40 je.. Kenapa tak Syarah Sahih Bukhari atau Muslim ke?
(A buat muka )
A: Aku nak tanya ko berapa jumlah hadits dalam hadits 40?
B: Dah nama hadits 40.. ada 40 la..
A: Ada 42 hadits la bodo.. #bengang
(B pergi buat muka bodo sambil ambil buku Hadits 40 dan tengok indeks.. lepas tu pandang A sambil tersengih..)
BroSyarief nak kata:
Bukan tak penting yang lain-lain tu. Tapi kot ya pun, mula la dari bawah.
Faham usul hadits. Baca kitab kecil-kecil dahulu. Imam Nawawi kumpul hadits 40 tu untuk mudahkan kita ni la. Baca dan hafal la dulu.
Paling tidak boleh ingat hadits nombor berapa cerita pasal apa. Baru la nampak serius cinta dan sayang pada Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam.
Ni tak dan apa dah sibuk pasal musalsal la, 'an'anah la, sanad syaikh ni, sanad syaikh tu.. pergi ulas macam dia dah habis baca Syarah Baiquniyyah dengan Nuzhatun Nazhor. Bahasa Arab lagi la..#tunjukdirisendiri #sigh #tajam
Tanya hadits 40 pun semua pakai dok ingat 3 hadits pertama je. Paling hafal pun Innamal A'maalu binniyyaat. Suruh baca sampai habis matan dia.. menggagau terbelit lidah.
Hadits ke-6 dengan ke-10 tu sepatutnya asas untuk faham isu DNA. Hadits 5 dengan 28 jadi asas untuk faham isu ibadah. Semua hadits dalam hadits 40 jadi asas kepada banyak perbincangan pokok dalam agama.
42 hadits ni pun tak larat nak hafal. Sibuk cari yang 'sensasi' di fb dan twitter. Supaya boleh ikut 'bising' sama dalam kotak-kotak komen atau di meja-meja ngeteh bersama klik ustaz-ustaz jadian.
Tu belum tanya asas hadits, nama betul kitab-kitab hadits, macam mana sejarah perkembangan ilmu hadits, dan lain-lain.
Makin kita sedar bahawa banyak lagi yang kita tak tahu, akan menjadikan diri kita tak memandang rendah walau sekadar pada majlis ilmu Hadits 40 atau Riyadhus Solihin.
Tu pun berapa banyak majlis ilmu yang mengulas dua kitab ini tapi tak pernah habis sampai ke sudah. Kalau habis pun, orang yang datangnya pula yang tak konsisten.
Status ini hanya untuk yang terasa dan merasakan dalam perasaannya ada perubahan yang dirasakan boleh dilakukan. Untuk yang tak terasa, jangan perasan, tak yah terasa.
Dari http://on.fb.me/1n6VpWq
Dari http://on.fb.me/1n6VpWq

Comments
Post a Comment