SIAPA SEBUT CELAKALAH MANUSIA
Dari Abu Hurairah radhiyalLaahu 'anhu, mengatakan bahawa RasululLaah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا قَالَ الرَّجُلُ هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ
"Apabila berkata seseorang CELAKALAH MANUSIA, maka sesungguhnya dia paling celaka di kalangan mereka"
[ HR Muslim ]
Imam An-Nawawi (w.676H) di dalam al-Minhaj menyebutkan:
وَاتَّفَقَ الْعُلَمَاءُ عَلَى أَنَّ هَذَا الذَّمَّ إِنَّمَا هُوَ فِيمَنْ قَالَهُ عَلَى سَبِيلِ الْإِزْرَاءِ عَلَى النَّاسِ، وَاحْتِقَارِهِمْ، وَتَفْضِيلِ نَفْسِهِ عَلَيْهِمْ، وَتَقْبِيحِ أَحْوَالِهِمْ، لِأَنَّهُ لَا يَعْلَمُ سِرَّ اللَّهِ فِي خَلْقِهِ .
Para ulama bersepakat bahawa celaan ini adalah pada seseorang yang menyebutnya dengan cara menghina manusia lain dan merendahkan mereka, dan melebihkan dirinya berbanding mereka, dan memburukkan perihal mereka, sedangkan dia tidak mengetahui rahsia Allah dalam penciptaanNya.
قَالُوا : فَأَمَّا مَنْ قَالَ ذَلِكَ تَحَزُّنًا لِمَا يَرَى فِي نَفْسِهِ وَفِي النَّاسِ مِنَ النَّقْصِ فِي أَمْرِ الدِّينِ فَلَا بَأْسَ عَلَيْهِ كَمَا قَالَ : لَا أَعْرِفُ مِنْ أُمَّةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا أَنَّهُمْ يُصَلُّونَ جَمِيعًا . هَكَذَا فَسَّرَهُ الْإِمَامُ مَالِكٌ ، وَتَابَعَهُ النَّاسُ عَلَيْهِ .
Dan para ulama juga menyebut: Adapun bagi yang menyebut sedemikian kerana sedih terhadap apa yang dilihat pada dirinya dan manusia semua, kerana pelbagai kekurangan dalam urusan agama maka ini tidak mengapa. Contohnya apabila seseorang menyebut: "Aku tak mengetahui (apa-apa kelebihan) di kalangan umat Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam kecuali (sekadar) mereka semuanya solat". Dan beginilah ditafsirkan oleh al-Imam Malik, dan sebahagian manusia mengikuti pendapat ini.
وَقَالَ : الْخَطَّابِيُّ : مَعْنَاهُ لَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَعِيبُ النَّاسَ ، وَيَذْكُرُ مَسَاوِيَهُمْ ، وَيَقُولُ : فَسَدَ النَّاسُ ، وَهَلَكُوا ، وَنَحْوَ ذَلِكَ فَإِذَا فَعَلَ ذَلِكَ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ أَيْ أَسْوَأُ حَالًا مِنْهُمْ بِمَا يَلْحَقُهُ مِنَ الْإِثْمِ فِي عَيْبِهِمْ ، وَالْوَقِيعَةِ فِيهِمْ ، وَرُبَّمَا أَدَّاهُ ذَلِكَ إِلَى الْعُجْبِ بِنَفْسِهِ ، وَرُؤْيَتِهِ أَنَّهُ خَيْرٌ مِنْهُمْ . وَاَللَّهُ أَعْلَمُ .
Dan al-Khattaabi berkata: Maknanya (merujuk hadits di atas): Apabila seseorang mengaibkan manusia dan menyebutkan keburukan-keburukan mereka. Dan dia menyebut: Manusia semua telah rosak, dan celaka, dan (hamburan-hamburan) yang sedemikian rupa. Jika dia melakukan sedemikian maka sesungguhnya dialah yang paling celaka, iaitu lebih teruk keadaannya daripada mereka (yang dicelanya), dengan apa yang dilemparkan berupa dosa pada (menghamburkan) aib mereka, dan penghinaan ke atas mereka. Dan barangkali dia melakukannya kerana ujub dengan dirinya sendiri, dan melihat dirinya sebagai lebih baik dari orang lain. walLaahu a'lam.
Sumber: http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=7708&idto=7709&bk_no=53&ID=1226

Comments
Post a Comment