Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan
#NotaTadabburBSS Firman-Nya, فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَیَقُولُ رَبِّیۤ أَكۡرَمَنِ وَأَمَّاۤ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَیۡهِ رِزۡقَهُۥ فَیَقُولُ رَبِّیۤ أَهَـٰنَنِ "Insan itu.. ..apabila Tuhannya mengujinya dengan mengurniakan kemuliaan dan memberi nikmat kepadanya, lalu dia katakan: Tuhanku memuliakan aku!. Namun, apabila Tuhannya mengujinya dengan menyempitkan rezekinya, dia pula menyebut: Tuhanku menghinaku!." [al-Fajr(89):15-16] #BSS Ibn Katsir (w.774H) menyebutkan, يقول تعالى منكرا على الإنسان في اعتقاده إذا وسع الله عليه في الرزق ليختبره في ذلك ، فيعتقد أن ذلك من الله إكرام له وليس كذلك ، بل هو ابتلاء وامتحان . "Allah swt menyebutkan ayat ini mengingkari orang yang berkeyakinan sekiranya Allah lapangkan rezeki sebagai ujian untuknya, dia malah menganggap Allah memuliakannya. Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian, ia sebenarnya bala dan ujian (dari Tuhan)." #BSS كما قال تعال...

Comments
Post a Comment