Menyangka Sebuah Sangkaan



Sangkaan berlaku pada perkara yang tak jelas. 

Tiada bukti. Sumber terhad. Ruang untuk pengesahan juga tiada. 

Dan tak jelas ini diasaskan pada ilmu dan usaha. Bukan kerana jahil dan malas nak periksa, terus dianggap tak jelas. 

Jika jelas terbukti ianya buruk atau baik, tidak lagi dianggap sangkaan. Itu dah kenyataan. 

Betul. Tak semua perlu disangka baik. Sama juga dengan tak semua disangka buruk. Ia dinilai berdasarkan situasi dan hasil pengalaman kehidupan. 

Selagi kekal dalam sangkaan, yang mana lebih menenangkan hati dan membantu menambah-baik suasana secara positif, sangka baik ke sangka buruk? 



Allah pesan jauhi sangkaan. Nabi pesan berhati-hati dengan sangkaan. 

Supaya hidup sentiasa tegas dengan disiplin keyakinan, bukan seronok berenang di laut luas yang penuh ke'tidak-pasti'an. 

'Ana rasa la kan..' 

'Tapi, saya dengar cerita..' 

'Entah la betul ke tak, tapi..' 

'Ada orang forward kat whatsapp ni kata..' 

Seronok tak mengulang skrip di atas? 

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

Jangan Singgung Perasaan Fakir Miskin

Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726