Kualiti sebelum Kuantiti


JUMLAH YANG BESAR TAK MENJAMIN BENAR

Kebenaran sesuatu itu tak diukur dengan besarnya jumlah mereka yang mengikutinya.

Malah dalam banyak keadaan, ianya bahkan membawa kepada penyelewengan sama ada secara halus ataupun kasar.

Allah beri amaran di dalam ayatnya..

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ

"Dan jika kau taati yang ramai di kalangan mereka di atas muka bumi ini, (nescaya) mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.."

[al-An'aam:116]

Kebenaran yang hakiki itu diukur pada kualitinya.

Di sisi agama, kualiti yang utama adalah pada ukuran yang ditetapkan Allah dan RasulNya.

Walaupun kebiasaannya yang melalui jalan ini sikit sekali dan kelihatan sunyi. Namun ia bukan penghalang. Kerana pendamping utama insan adalah tuhan.

Tidak pernah dijamin perjalanan ini akan sentiasa berteman. Walau terpaksa bersendirian, perjuangan tetap diteruskan.

Betapa kualiti kebenaran itu diagungkan, sehingga Ibn Mas'ud menyatakan:

الجماعة ما وافق الحق؛ ولو كنت وحدك

"al-Jama'ah itu (adalah pada) apa yang menepati kebenaran, walaupun engkau bersendirian"

[al-Laalikaie, di dalam Syarah Usul I'tiqad Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Disahihkan oleh al-Albani di dalam ta'liqnya ke atas Misykat al-Masobih]

Dan setelah berada di atas kebenaran, jika Allah kurniakan teman-teman pendokong, kita akan menjadi menjadi ramai yang sedikit dan ganjil.

Sebagaimana gambaran Nabi sallalLaahu 'alaihi wa sallam menceritakan keadaan agama ini,

إِنَّ الْإِسْلَامَ بَدَأَ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ غَرِيبًا كَمَا بَدَأَ ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

"Sesungguhnya Islam bermula dalam keadaan (terlihat) ganjil, dan ia akan kembali (terlihat) ganjil sebagaimana ia bermula. Maka kegembiraan, buat mereka yang (terlihat) ganjil"

[HR atTirmizi, Hasan Sahih]

Kebenaran diutamakan, ramai atau tidak itu dikemudiankan.

~BS~

Comments