Keliru Istighasah Tawassul


Dr. Safar al-Hawali hafizahullah berkata berkaitan kehidupan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam selepas wafat:

أما إذا قيل: إنه ما دام حياً إذاً ندعوه، ونستغيث به، ونتوسل به، فنقول: لا، هذا خطأ، فالصحابة رضوان الله تعالى عليهم، كانوا يتوسلون بدعائه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، واستسقوا بدعائه في حياته، ولما مات استسقوا بعمه العباس

Adapun jika dikatakan: Sesungguhnya baginda sallallahu 'alaihi wasallam masih hidup (selepas kewafatannya), maka kita berdoa kepadanya, memohon pertolongannya, bertawassul dengannya. Kami berkata: Ini salah. Para sahabat radiallahu 'anhum ajma'in pernah bertawassul dengan doa baginda sallallahu 'alaihi wasallam, dan meminta hujan dengan doa baginda sallallahu 'alaihi wasallam ketika baginda sallallahu 'alaihi wasallam masih hidup. Apabila telah meninggal dunia, mereka meminta hujan melalui pakcik baginda iaitu al-'Abbas radiallahu 'anhu.

 فالنبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ موجود ولكن لم يقولوا أنه حي، وعرفوا أن هذا العمل يكون من الأحياء وأنه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بموته لا تلحقه الأحكام التي كانت له في حياته ولكن في حدود ما ورد فقط، 

Nabi sallallahu 'alaihi wasalam wujud tetapi mereka (iaitu para sahabat radiallahu 'anhum ajma'in) tidak menyatakan baginda sallallahu 'alaihi wa sallam masih hidup. Mereka memahami bahawa perbuatan (meminta doa, bertawassul) hanya berlaku kepada yang masih hidup, dan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam apabila telah mati, baginda sallallahu 'alaihi wasallam tidak lagi terikat dengan hukum-hakam yang ada pada hidupnya, sebaliknya ia terbatas sekadar pada apa yang tertulis dalam nas sahaja.

والنبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في الحديث الصحيح أمر عمر أن يطلب من أويس القرني وهو تابعي، أن يستغفر له، فلماذا يطللب منه وهو من التابعين ولا يطلب ذلك من النبي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis yang sahih menyuruh 'Umar meminta 'Uwais al-Qarni mendoakan keampunan untuknya sedangkan 'Uwais hanyalah seorang tabiin. Kenapa perlu meminta doa daripadanya sedangkan dia seorang tabiin, dan kenapa tidak meminta hal itu daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam?

نقول: هكذا شرع رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، بعد وفاته لا نتقرب ولا نعمل أي عمل إلا بما ورد عنه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فقط، والكلام في هذا كثير، وحسبنا ذلك. 

Kami berkata: Inilah syariat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam selepas kewafatannya. Kita tidak mendekatkan diri kepada Allah, tidak beramal melainkan dengan apa yang datang daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam sahaja. Huraian tentang hal ini sungguh banyak, cukuplah untuk kita hal itu.

Sumber: http://www.alhawali.com/index.cfm?method=home.SubContent&ContentID=1529

Comments