#NotaTerjemahanBSS | Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

Image
as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhadap kita. Sekiranya ti...

ARAR : Mendengar Berita Kematian



Mintalah Ampun Untuknya

Najasyi ada seorang raja Habsyah yang adil. Beliau adalah seorang Nasrani pada awalnya.

Hijrah pertama kaum Muslimin adalah ke negeri Habsyah yang berada di bawah pemerintahannya. 

Setelah sampai kepadanya tentang Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam, beliau beriman kepada risalah yang dibawa oleh baginda.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

نعى لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم النجاشي صاحب الحبشة يوم الذي مات.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menyebutkan kepada kami berita kematian Najasyi, raja Habsyah pada hari kematiannya.

Baginda bersabda:

استغفروا لأخيكم

"Minta ampunlah untuk saudara kamu" [Shahih Bukhari 1/446 (1263)]

Jika mendengar berita kematian, mintalah keampunan untuk si mati dengan menyebut:

اللهم اغفر له

"Ya Allah, ampunkanlah untuknya"

Semoga Allah ampunkan semua dosa kita dan orang yang telah meninggal dunia.

(Sumber: ARAR)

Comments

Popular posts from this blog

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

لماذا ترتفع أصواتنا عند الغضب؟

Nama Siapa atau Isi Ceritanya Apa?