Posts

Kita buat apa, Allah balas apa!

#RenunganBSS Kadang-kadang kita mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan yang kita lakukan sendiri. Sedangkan dalam hubungan kita dengan orang lain pun, Allah juga membuka banyak pintu kebaikan. Perhatikan lima pasangan amal dan balasan ini. 01. Kita memaafkan orang → Allah maafkan kita. وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ “Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Tidakkah kalian suka Allah juga mengampunkan kalian? Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.” [al-Nūr (24):22] Kalau kita sangat berharap Allah mengampunkan kesalahan kita, bukankah sebaiknya kita membuka ruang untuk memaafkan kesalahan orang lain? 02. Kita lapangkan kesempitan orang → Allah lapangkan kesempitan kita di Hari Kiamat مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ “Sesiapa yan...

Hak Allah vs Hak Diri

#NotaTerjemahanBSS Ibn Rajab al-Hanbali rhm. menukilkan daripada seorang ulama yang menceritakan pengalamannya ketika dalam perjalanan menunaikan haji. Rombongan itu dipimpin oleh seorang 'amīr' (bermaksud ketua).  Setiap hari, apabila tiba waktu Subuh, amīr akan menghentikan perjalanan supaya para jemaah boleh turun, menunaikan solat Subuh, kemudian meneruskan perjalanan. Namun pada suatu hari, matahari sudah hampir terbit sedangkan rombongan masih belum berhenti.  Lelaki itu memanggil mereka agar berhenti, tetapi mereka tidak mengendahkannya. Lalu dia berwuduk di atas 'maḥmalnya' — tempat duduk atau usungan yang dipasang di atas unta — kemudian turun untuk menunaikan solat. Pada ketika itu, dia sudah bersedia menerima akibat pilihannya. Dia menetapkan hati bahawa sekiranya rombongan meninggalkannya, dia akan berjalan kaki menyusuli sehingga mereka berhenti semula pada waktu Duha.  Sedangkan menurutnya, rombongan itu biasanya hanya berhenti...

Berbaik Dengan Orang Jahat, Hipokrit Ke?

Image
#RenunganBSS Pernah tak rasa dalam keadaan begini? Kita tahu seseorang itu bermasalah. Kita tahu perangainya buruk. Kita rasa perlu mengingatkan orang lain supaya berhati-hati dengannya. Namun begitu, apabila berhadapan dengannya, kita masih bercakap dengan baik dan melayannya dengan baik. Hipokrit ke macam tu? Satu peristiwa yang diceritakan oleh ibu kita ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha memberi jawapan kepada persoalan ini. Nabi ﷺ menyebut keburukan seseorang, tetapi kemudian melayannya dengan baik. ‘Aisyah ra. menyebutkan bahawa seorang lelaki meminta izin untuk bertemu Nabi ﷺ, katanya أَنَّ رَجُلًا اسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ ﷺ فَقَالَ: ائْذَنُوا لَهُ، فَلَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ، أَوْ بِئْسَ رَجُلُ الْعَشِيرَةِ Seorang lelaki meminta izin untuk bertemu Nabi ﷺ. Baginda bersabda: "Benarkan dia masuk. Sesungguhnya dia seburuk-buruk orang dalam kabilahnya." فَلَمَّا دَخَلَ عَلَيْهِ أَلَانَ لَهُ الْقَوْلَ 'Apabila lelaki itu masuk ...

Apa tujuan selawat untuk Nabi saw? (261121) 240726

Image
#NotaTerjemahanBSS as-Sakhawi (w.902H) menukilkan pandangan al-Halimi yang menyebutkan: المَقْصُودُ بِالصَّلاةِ عَلى النَّبِيِّ ﷺ التَّقَرُّبُ إلى اللَّهِ بِامْتِثالِ أمْرِهِ وقَضاءِ حَقِّ النَّبِيِّ ﷺ عَلَيْنا ‘Objektif sebenar berselawat untuk Nabi saw bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dengan menurut perintah-Nya & memenuhi hak Nabi yang menjadi tanggungjawab kita.' Ibn ‘Abd al-Salam mendukung lalu mengatakan: وتَبعهُ بن عَبْدِ السَّلامِ فَقالَ لَيْسَتْ صَلاتُنا عَلى النَّبِيِّ ﷺ شَفاعَةً لَهُ ‘Selawat yang kita bacakan untuk Nabi saw bukan bertujuan untuk memberi syafaat kepadanya. فَإنَّ مِثْلَنا لا يَشْفَعُ لِمِثْلِهِ Ini kerana orang yang kedudukan seperti kita tidak mungkin boleh memberi syafaat kepada orang yang kedudukan seumpamanya. ولَكِنَّ اللَّهَ أمَرَنا بِمُكافَأةِ مَن أحْسَنَ إلَيْنا فَإنْ عَجَزْنا عَنْها كافَأْناهُ بِالدُّعاءِ Namun, Allah memerintahkan kita supaya berusaha membalas kebaikan orang terhad...

Ianya Ujian, Bukan Penilaian Tuhan

Image
#NotaTadabburBSS Firman-Nya, فَأَمَّا ٱلۡإِنسَـٰنُ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ رَبُّهُۥ فَأَكۡرَمَهُۥ وَنَعَّمَهُۥ فَیَقُولُ رَبِّیۤ أَكۡرَمَنِ وَأَمَّاۤ إِذَا مَا ٱبۡتَلَىٰهُ فَقَدَرَ عَلَیۡهِ رِزۡقَهُۥ فَیَقُولُ رَبِّیۤ أَهَـٰنَنِ "Insan itu.. ..apabila Tuhannya mengujinya dengan mengurniakan kemuliaan dan memberi nikmat kepadanya, lalu dia katakan: Tuhanku memuliakan aku!. Namun, apabila Tuhannya mengujinya dengan menyempitkan rezekinya, dia pula menyebut: Tuhanku menghinaku!." [al-Fajr(89):15-16] #BSS Ibn Katsir (w.774H) menyebutkan, يقول تعالى منكرا على الإنسان في اعتقاده إذا وسع الله عليه في الرزق ليختبره في ذلك ، فيعتقد أن ذلك من الله إكرام له وليس كذلك ، بل هو ابتلاء وامتحان . "Allah swt menyebutkan ayat ini mengingkari orang yang berkeyakinan sekiranya Allah lapangkan rezeki sebagai ujian untuknya, dia malah menganggap Allah memuliakannya. Sedangkan hakikatnya tidak sedemikian, ia sebenarnya bala dan ujian (dari Tuhan)." #BSS كما قال تعال...

Jangan Singgung Perasaan Fakir Miskin

Image
#NotaTerjemahanBSS 'Aiz ibn 'Amr meriwayatkan sebuah peristiwa di mana, أَبَا سُفْيَانَ أَتَى عَلَى سَلْمَانَ وَصُهَيْبٍ وَبِلَالٍ فِي نَفَرٍ "Abu Sufyan melewati Salman, Suhayb dan Bilal (selepas termeterainya perjanjian Hudaibiyah, lama sebelum Abu Sufyan memeluk Islam)," فَقَالُوا وَاللَّهِ مَا أَخَذَتْ سُيُوفُ اللَّهِ مِنْ عُنُقِ عَدُوِّ اللَّهِ مَأْخَذَهَا "Lalu mereka berkata (dengan nada sindiran), 'Demi Allah, nampaknya pedang-pedang Allah belum selesai menetak tengkuk musuh-musuh Allah!'" قَالَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ أَتَقُولُونَ هَذَا لِشَيْخِ قُرَيْشٍ وَسَيِّدِهِمْ "Abu Bakr menegur mereka, 'Kalian menyebutkan ini kepada tokoh dan tuan bangsa Quraisy?' (kerana bimbang Abu Sufyan semakin membenci Islam)" فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرَهُ "Lalu beliau menemui Nabi saw dan memberitahunya (tentang apa yang berlaku)," فَقَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ لَعَلَّكَ أَغْ...

Hikayat Anak & Rezeki

Image
Lorraine Cormier from Pixabay #RenunganBSS Bila terlintas berita orang tua membunuh anak kerana tekanan hidup yang kebiasaannya melibatkan isu sumber rezeki, terlintas potongan 2 ayat tentang larangan membunuh anak dengan perbezaan konteks yang sangat halus, namun melengkapi. Potongan ayat pertama: وَلا تَقتُلوا أَولادَكُم مِن إِملاقٍ نَحنُ نَرزُقُكُم وَإِيّاهُم "Janganlah kalian membunuh anak-anak kalian kerana kemiskinan. Kami yang memberi rezeki kepada kalian & juga kepada anak-anak kalian." [al-An'am(6):151] Lihat pula potongan ayat ke-2, وَلا تَقتُلوا أَولادَكُم خَشيَةَ إِملاقٍ نَحنُ نَرزُقُهُم وَإِيّاكُم "Janganlah kalian bunuh anak-anak kalian kerana bimbangkan kemiskinan. Kami yang memberi rezeki kepada anak-anak kalian & juga kepada kalian!" [al-Isra'(17):31] Nampak serupa, tapi tak sama. Ayat pertama dari surah al-An'am menggambarkan keadaan orang tua yang sedang menghadapi kemiskinan sekarang, lalu merasa...

Tabiat Insan Sukar Untuk Bertahan

Image
  “Insan tidak akan merasa bosan langsung meminta kebaikan. Tetapi apabila keburukan menimpanya, dia terus hilang harapan, berputus asa.” [Fussilat(41):49] #NotaTadabburBSS Syaikh as-Sa’di - rahimahulLah - menyebutkan komentarnya mengenai ayat di atas, katanya: ‎هذا إخبار عن طبيعة الإنسان، من حيث هو، وعدم صبره وجلده، لا على الخير ولا على الشر، إلا من نقله الله من هذه الحال إلى حال الكمال، Ayat ini memberitahu tentang tabiat insan, sebagaimana adanya. Dia tidak dapat bersabar dan bertahan sama ada ketika berhadapan dengan kebaikan atau keburukan. Melainkan orang yang Allah pindahkan dia dari keadaan ini kepada keadaan yang terbaik (yang akan disebutkan di akhir nanti). ‎فقال: ﴿لا يَسْأمُ الإنْسانُ مِن دُعاءِ الخَيْرِ﴾ أي: لا يمل دائمًا، من دعاء الله، في الغنى والمال والولد، وغير ذلك من مطالب الدنيا، Allah menyebutkan, “Insan itu tidak akan pernah jemu meminta kebaikan.” Maksudnya: Dia tidak akan merasa bosan meminta kepada Allah, untuk mendapatkan kekayaan, harta, anak pinak, serta...